Assalamualaikum.
Trip kali ini, pada mulanya di usul oleh Adah dan di ikuti oleh Nabila. Aku masa itu tengah berkira-kira duit dalam tabung nak pergi ke tidak. Adah dan Nabila selamat beli tiket tahun lepas 2014. Tetiba awal tahun ini ada promosi tiket Air Asia dan duit tabung cukup untuk beli tiket. Apa lagi, lantas jari runcing ini tertekan tiket ke Hong Kong yang berharga RM350 return (include baggage 20kg return and nasi lemak Pak Nasser)
"Adah! Nabila! Aku join!"
Bagi memeriahkan lagi trip, ajak lagi kawan-kawan yang total trip asal 7 orang. Yang pergi adalah 4 orang. Paling merambu ayaq mata Cik Adah sebab dia yang usul proposal untuk ke Hong Kong ini, namun beliau tidak dapat hadir atas faktor berkhidmat pada negara.
Geng Kak Specky - Haq dan Nabila
Kawan Haq - Fedit dan Nadz
Untuk mission kali ini, aku membawa blackboard untuk memberi mesej for somebody. Somebody? Siapa? Sibuk je nak tahu. Mesej apa aku kasi? Ok semua. Rahsia. Koh koh koh. And Nadz follow my idea dengan membawa her whiteboard.
Greeting Hong Kong People. Sepets is menawan |
Tepat jam pukul 8 pagi. Jeritan speaker KLIA2 membuatkan aku dan Nabila marathon untuk ke gate yang super jauh gilosss. Jeritan dia macam ini, "Final call AK124"
Masa ini aku lupa dan miscommunication yang Fedit cakap dia tunggu dekat escalator nak turun untuk bergerak sama-sama ke gate.
Bila masuk gate terus aku jerit dekat orang yang ala2 Fedit sebab aku ingat Fedit dah tunggu dalam gate. "Fedit!" Oppss salah orang. Mengelupurlah aku dah 8.15 pagi, boarding katanya 8.25 pagi dan flight pukul 9.05 pagi. Terus call Fedit. Fedit katanya bila aku call terus lari. Ingatkan kami dah lambat. Rupanya ada yang lagi lambat. Sakit hati kita awak. Penat tau lari-lari, potong sana-sini.
Nadz dah terbang dulu pukul 7 pagi. Aku, Nabila dan Fedit fly kemudiannya.
Dalam flight, aku dok seat tengah. Sebelah mamat Mexico mana ntah, sebelah lagi uncle Cina. So, aku dok borak-borak dengan Uncle sebelah aku itu. Girlfriend mamat Mexico sebelah aku dok kalut nak tukar seat disebabkan dia terpisah dengan boyfriend, di mana dia dok depan seat aku. Aku tak ngorat pakwe hang la. Aku cakap aku nak stay seat situ sebab aku ada buat tempahan makanan. Nanti kesian kat pramugari yang serve makanan. Prihatin tak aku dekat crew.
Flight 4 jam
Lebih kurang pukul 1 petang selamat sampai dekat Hong Kong. Time Malaysia dengan Hong Kong sama sahaja. Dari pemandangan tingkap kapal terbang. Hong Kong cantik sebab dia pulau kan dan masa nak landing macam rasa landing dekat atas laut. Gamaknya ikan kat laut Hong Kong pun dah tak terkejut beruk dengar bunyi kapal terbang hari-hari.
Dapat wifi airport Hong Kong terus mesej Nadz untuk gerak sama-sama. Cian Nadz dah jadi pishang tunggu kami. Masa sampai terus ambil semua map yang ada dan isi kad Octopus 150 HKD (50 deposit kad dan 100 topup)
Hong Kong Airport-Mongkok
Pemandangan dari sudut specky :
Pemandangan dari sudut specky :
Langit biru, laut biru, Buat I haru biru |
Budak-budak balik sekolah, Kak Specky baru nak berkelah |
Naik bus A21 turun dekat No.8 iaitu selang berapa baris dari Sino Centre. Hotel kami di Mongkok. Bila turun bas terus jumpa Sino Centre, makanya, terus kami naik untuk beli tiket feri ke Macau return di Ding Ding Travel agent iaitu 300 HKD. Lebih murah dari laman web dan travel agent yang lain, so far kami researchlah. Sebab voucher dia tak kisah balik pukul berapa. Tapi ini feri Cotai Water Jet tau bukan TurboJet.
Dah settle beli tiket, misi mencari Hotel. Rupanya Hotel kami memang tengah bandar dan kalau dari luar bangunan dia memang nampak buruk. Yang tak boleh blah bila dah masuk bangunan nak cari tingkat mana satu punya payah. Signboard tulis ke kiri dan tingkat yang di tekan tiada dalam punat button lif. Rupanya lif dia nombor genap sebelah kiri, belah kanan ganjil. Tapi tak juga. Sebab tingkat kami 24 belah kanan. Sebelum itu, kami tekan tingkat 7, keluar-keluar lif terus kelab malam uoolll. Sempatlah tengok mak ayam, pak ayam berlatarkan lagu kelab malam. Amoi dekat recep kelab malam pun agak terkejut tapi berlagak cool kami yang bertudung bersama berbondong beg backpack singgah kelab malam dia. Tanpa segan silu terus aku tanya tingkat berapa Hotel yang akan kami duduk itu. Amoi itu jawab tapi tak membantu. Fedit dan Nabila cadangkan kita naik tingkat 24 kalau tak jumpa kita turun balik. Naik tingkat 24, alhamdulillah sampai. No. Hotel Kowloon Mongkok itu 2407. Rupanya 24 itu tingkat dia baru nombor lot. Ciss.
Lapor? Brahim kan hado |
Masuk bilik, solat, kemas barang, makan megi lepas itu keluar balik.
New Mandarin Plaza Tower A
Naik MTR dari Mongkok ke Tsim Sha Sui, kami ke sini untuk mencari tiket Disneyland yang murah iaitu 438 HKD. Kalau ikut laman web, harga dia 499 HKD dan dekat Ding Ding Travel pun harga tak dapat semurah ini. Kami ke travel agent HotelinHongKong.net. Kalau beli online dekat laman web dia pun tak semurah ini. So gigihkan diri pergi travel agent untuk dapat harga ini. Masa nak cari Plaza ini, jenuh bertanya, abang polis pun kami tanya. Sampai dekat fountain, kami duduk. Nabila suruh aku tanya mat salleh yang bakal lalu depan kami.
"Excuse me"
Mat salleh itu, pandang tapi macam confuse betul ke ada orang cakap English dengan dia. Kali kedua dia pandang, aku mengiyakan bahawa aku tegur dalam English kepada dia dan terus aku tanya macam mana nak pergi Plaza itu. Slang Britian dia buat otak aku tak berapa nak pick up tapi trylah juga pick up.
Dah tau direction, carilah kami, jumpa, alahai kecik je lorong nak masuk plaza itu. Lepas itu plaza itu ada dua side, side A dengan B. Side B tak boleh tembus side A ye. Maka, korang kena tengok betul-betul dan cari side A. Lif plaza itu ada penunggu ok. Maksud penunggu aku adalah tukang jaga lif. Sempatlah si Fedit sapa mak cik Hong Kong, tanya khabar. Kata mak cik Hong Kong dia tak sihat, "Wo pu Hou" Actually mak cik itu dingin nak layan ramah tamah kitaorang.
Inilah signboard tanpa lindungan pokok |
Bila nak keluar dari Plaza ini kami jumpa jalan lain. Rupanya, Plaza ini betul-betul depan fountain yang kami duduk dan tanya mat salleh tadi. Dan signboard dia cukup besar. Malangnya, signboard New Mandarin Plaza dia dilitupi pokok-pokok yang subur menghijau. Wadap Wadap.
Nampak pokok dari signboard. |
Kemudian, kami meneruskan perjalanan untuk ke The Peak. Mula-mula naik MTR salah turun ke Wan Chai. Naik MTR balik pergi ke Central. Turun Central nak cari bus ke The Peak. Jalan punya jalan sampai The Peak Tram iaitu tempat orang naik tram ke The Peak. Orang yang beratur naik The Peak, peh peh peh ramai amat. Kami nampak bus stop iaitu bus stop yang kami harap ke The Peak.
Masa naik bas 15C, sedang menikmati pemandangan jalanan Hong Kong. Ternampak babak girlfriend merajuk dan merentap tangan boyfriend. Lalu boyfriend tak mau banyak cakap terus mencicit. Aku, Nabila dan Nadz yang nampak drama ini terus berkicauan dalam bas. Culture shock sekupang. Hong Kong sangat terbuka bab-bab macam ini seperti Korea. Sepanjang trip Hong Kong ini, drama-drama macam ini semua berlaku depan mata kami. Why must in front of us? Chaittt. Aku kena cerita supaya korang bersedia mental tengok drama Hong Kong.
Rupanya berhenti di jeti mana ntah. Kami mencari bus 15 ke The Peak, rupanya kami naik bus 15C yang membawa ke tempat mana ntah. Conclusionnya, kami sesat. Lepak seketika melihat pemandangan Hong Kong di malam hari. Not bad view dari tempat kami di campakan.
View tempat kami dicampakan :
Lepas dah lepak, jalan punya jalan jumpa Eye of Hong Kong. Kemudian, jumpa Apple.
Masa naik bas 15C, sedang menikmati pemandangan jalanan Hong Kong. Ternampak babak girlfriend merajuk dan merentap tangan boyfriend. Lalu boyfriend tak mau banyak cakap terus mencicit. Aku, Nabila dan Nadz yang nampak drama ini terus berkicauan dalam bas. Culture shock sekupang. Hong Kong sangat terbuka bab-bab macam ini seperti Korea. Sepanjang trip Hong Kong ini, drama-drama macam ini semua berlaku depan mata kami. Why must in front of us? Chaittt. Aku kena cerita supaya korang bersedia mental tengok drama Hong Kong.
Bawah payunng to tempat orang menunggu tram. Ramai amat. Berhampiran tempat menunggu Bus Stop 15C |
Rupanya berhenti di jeti mana ntah. Kami mencari bus 15 ke The Peak, rupanya kami naik bus 15C yang membawa ke tempat mana ntah. Conclusionnya, kami sesat. Lepak seketika melihat pemandangan Hong Kong di malam hari. Not bad view dari tempat kami di campakan.
View tempat kami dicampakan :
Lepas dah lepak, jalan punya jalan jumpa Eye of Hong Kong. Kemudian, jumpa Apple.
Kemudian, baliklah kami ke jalan yang benar. Masa nak cari Nathan Road iaitu di mana Hotel kami berada, jenuh mencari juga. Yela, hari first kan, nak harung orang yang super ramai and Hong Kong is super hot dari Malaysia, 30 darjah celcius uooll. Kami salah exit dari MTR Mongkok. Masa ini aku ingat, Nadz tanya pak cik security.
Excuse me! Pak Cik Security muka gengster sambil memegang puntung rokok yang baru dinyalanya dan merenung muka Nadz dekat gila kot. Face to face nauu ko ngan Pak cik Security tu Nadz!
Nadz cuak dan bergetar hati. Where is Nathan Road? Pak cik Security menunjukkan satu blok ke hadapan cuma perlu memilih ke kanan atau ke kiri. Kami ke kanan, nampak Chow Tai Fook Jewellery. Haaa nak dekat dah hotel kita. Rupanya, tahukah anda Chow Tai Fook berada di mana-mana sahaja, seberang jalan, selang dua tiga baris deretan kedai. Everywhere is Chow Tai Fook. Sangat tidak disyorkan Chow Tai Fook sebagai landmark. Kami patah balik ke kiri. Alhamdulillah di jalan yang Haq.
Malam itu, lapar! Brahim kan ado! Nasi goreng kampung.
4 September 2015
4 September 2015