Monday, 9 November 2015

Tiket murah Disneyland Hong Kong (HotelinHongKong.net)



Untuk mendapatkan tiket murah Disneyland bolehlah ke website ini. HotelinHongKong. So, kena menapak ke travel agent ini sendiri. Harga di tiket di Ding Ding pun tidak semurah ini. (lupa harga tiket di Ding Ding)

Harga di laman web Disneyland : 499 HKD
Harga di laman web HotelinHongKong : 438 HKD

See jauh beza tu kan walaupun kena menapak sendiri.

Maklumat Pejabat HotelinHongKong ini seperti berikut : 

Located in: New Mandarin Plaza Shopping Center

Address: Room 905, 9/F, New Mandarin Plaza, Tower A, 14 Science Museum Road, Tsimshatsui East, Kowloon, Hong Kong

Phone:+852 2369 9991

E-mail : cs9@asiatravelcare.com / sales9@hotelinhongkong.net ( e-mail agen nama Rainbow Ho)

Operation time: · 9:00 AM – 6:00 PM




Untuk ke sini boleh menaiki MTR turun stesen Tsim Sha Tsui Exit D2 dan berjalan kaki lebih kurang 15 minit kalau tak tercangaklah. Direction dia boleh google map dari stesen yang korang naik tu ke New Mandarin Plaza. 





Bangunan New Mandarin Plaza ini betul-betul berhadapan dengan fountain dan taman.

Bila korang masuk Plaza ini sila cari side A. Sebab plaza ini ada dua side A dan B. Side A tak boleh tembus side B dan sebaliknya. 

Kemudian, naik lif tingkat 9, keluar je lif korang boleh nampak dah travel agent ini punya signboard dan office dia. 

Diorang bagi tiket terus ye bukan voucher.  

Sebarang pertanyaan boleh e-mail atau call tanya. 

No comments:

Post a Comment