Sunday, 3 April 2016

[Day 3] Avenue of Star

Selepas seharian di Macau, lebih kurang pukul 8.30 kami sampai semula ke Hong Kong. Dari Tsim sha Shui kami ke The Aveneu of Star.



Kami tak sempat nak tengok The Symphony of Lights pada pukul 8 malam. 







Dekat sini, ada persembahan busking. Layan sekejap dan bergerak melihat tapak tangan artis. Bila tengok tapak tangan ini artis ini, teringatlah tengok cerita Cina masa sekolah dulu macam Nicholas Tse, Jackie Chan, Aaron Kwok, Andy Lau dan lain-lain lagi.








Kemudian, Fedit dan Nabila minta berpisah sat untuk shopping malam itu kerana malam itu malam terakhir mereka sebelum pulang ke Malaya.



Aku dan Nadz masih melayan perasaan dengan view dekat situ sambil tangkap gambar. Selepas itu, kami pun bergerak balik untuk window shopping dengan harapan nak usha sneaker yang berkenan di hati dekat Fa Yuen Street.



Masa balik ini boleh pula terjumpa dengan SOGO. La..Sogo ada dekat Hong Kong juga.

Masa nak cari MTR ke Mongkok tiba-tiba di sapa orang yang baik hati.

"Mahu pergi mana?"

"Nak pergi MTR Mongkok. Mana?"

"Itu terus! Nanti turun tangga"

"Haa ok terima kasih"

Lepas itu, aku pun fikir something wrong sambil aku pun berjalan dan menoleh ke belakang.

"Eh you cakap Melayu?" tersengih Bangla itu bila dah lama aku baru pending aku cakap Melayu tengah bandar Hong Kong.

Aku dan Nadz pun bersiar-siarlah di sekitar Fa Yuen Street dengan menikmati pelbagai rekaan sneaker yang agak rare dan antara yang latest dari Malaysia. Tapi harga dia still menangis ayaq mata.

Mampu tengok jela.

Kemudian, tengah-tengah dok mengusha sneaker. Aku disapa "Haq!" Siapalah yang kenal aku tengah-tengah Hong Kong ini. Rupanya adik manis Fedit. Kalau dah jodoh bertemu balik. Kami pun berjalan beriringan pulang ke Hotel

No comments:

Post a Comment