Friday, 13 November 2015

[Day 2] Kakak-kakak Ribena di Disneyland

Assalamualaikum




Harga tiket Disneyland = 438 HKD (rujuk pembelian di sini)

Ayuh kembali ke zaman kanak-kanak ribena! Bagi merealisasikan impian fairy tale! Kami ke Disneyland. Disneyland memang level untuk kanak-kanak macam aku dan Nabila kerana hati kami tidak cukup kuat untuk main extreme roller coster 360 darjah dan sebagainya yang boleh dijumpai di Ocean park. So, siapa yang hati dia kental lagi extreme anda boleh ke Ocean park. Bagi mereka yang 'Awaaa saia taaa kuaddd' tapi nak acah-acah kental bolehlah ke Disneyland. 



Fedit dan Nadz yang sudah biasa dengan taman tema  iaitu hasil pengalaman ke USS Singapore mengesyor kepada para hati tomato penyek kepada aku dan Nabila untuk main benda yang level extreme. Rasanya tak extreme pun, level kanak-kanakkan. Thank you Fedit jadi tour guide di Disneyland untuk kami.

Untuk ke Disneyland kami menaiki MTR. Dari MTR Mongkok ke Disneyland. Beberapa kali juga kami tukar lane. Bila nak naik MTR Disneyland. Subway dia sangat comel tahu? Subway dia bertemakan Disneyland gitu. Teruja kakak!




Dah sampai entrance apa lagi bergambar buat bukti untuk orang kampung. Tengah syok posing tiba-tiba ada gadis menyapa nak pinjam blackboard aku nak tangkap gambar katanya. Masa itu tulisan blackboard tulis "Happy". Kalau aku tahu blackboard ini orang nak pinjam bolehlah menjana pendapatan dekat Hong Kong. Caption blackboard "Rental blackborad 5 HKD" Koh koh koh.




Sebelum masuk ke pintu masuk Disneyland, pemeriksaan bag adalah wajib. Tipnya korang cari pekerja yang check bag itu lelaki muda, dia tak selongkar sangat dia picit2 and tekan bag korang je. Sebab aku berjaya seludup masuk roti sandwich dalam telekung yang berplastik. Part telekung itu dia picit rasa kain so lepas. Nadz punya selfie monopod tak lepas, nasib tak rampas dia suh simpan dalam bag. Bila dah masuk, jangan lupa ambil map Disneyland. 



First, kami bergerak ke Adventureland. Disebabkan ada tempat Adventureland yang kami nak pergi itu tutup sebab nak buat decoration Halloween. 

Kami terus ke Big Grizzly Mountain Runaway Mine Cars. Main roller coaster yang naik bukit punya feeling-feeling slow tiba2 boleh dia backforward dengan lajunya. Umpama hati menuju ke puncak terus turun ke gaung serta merta.




Toy Soldier Parachute Drop. Seterusnya, hati aku semakin membentuk menjadi tomato kental dengan naik parachute ini. Ingatkan dia naik turun naik turun macam biasa. Rupanya, bila naik tetiba dia stop. Kemudian turun, tergugut jugalah hati tomato ini. 



Kemudian, ada petunjukkan street dari askar-askar mainan 'Toy Story'. Kelakar je diorang beraksi, bajet askar comel gitu. 





RC Racer. Inilah benda yang paling buat hati tomato aku seperti ditumbuk lesung batu. Bila time giliran kami, pekerja di situ menyuruh kami masuk line first, ini bermakna kami berada di bahagian hadapan. Masa tunggu giliran ini aku tengok orang yang sedang naik benda alah ini.

"Haq ko kira berapa kali dia naik turun ke?" Fedit bertanya selepas melihat mata aku ke kiri kanan dan mulut aku terkumit-kumit mengira.

"A'ah.6 kali." Fuuu. Nasib tak lama, tapi kalau dah duk depan 6 kali tu pun dah lama. Makanya, sepanjang aku naik ini, mata aku memang tutup ketat-ketat sambil jerit. Bila dah habis baru perasan rupanya kami je yang jerit. Aku speechless betul asal orang lain naik tak jerit ini? Aish.



Barrel of Fun. Kami pun bergambar dengan makhluk ini. Lepas dah settle kawasan ini kami ke Fantasyland. 



Sleeping Beauty Castle. Istana ini dari jauh dah nampak dah dan antara benda yang first sekali korang akan tangkap gambar selepas melalui Main Street U.S.A

Mickey's PhillharMagic. Mickey mouse, Donald Duck, Minnie Mouse, Goofy buat persembahan 3D. Bila dah 3D, akan nampak benda-benda timbul depan mata. So, jangan tanya kalau nampak orang tetiba tangan tergapai-gapai macam ambil benda padahal tak ada benda pun. Ini semua kerja 3D itu. 

Bila dah mcam separuh tawaf tempat ini. Air minuman kami pun dah habis. Makanya, Fedit pun cadangkan mencari air water cooler untuk isi air. Masa nak mencari air itu menyinggahlah tengok benda yang menarik dan tangkap gambar. Kami jumpa train. Kami naik dan berhenti di tempat awal kami sampai. 






Di kawasan Main Street U.S.A ini cantik tangkap gambar dan sepanjang jalan ini ada kedai yang cantik-cantik juga yang jual souveniar, cafe dan lain-lain lagi. Tengah syok-syok aku posing, tetiba ada mamat pakai topi sambil pegang trompet tegur perkataan dekat blackboard aku. Curious benor nak tahu dan tak lama lepas itu, kawan-kawan dia pun datang dan tanyakan soalan yang sama.

"Whose birthday?"

"Huh? Er..er er my mom birthday" Aku blur-blur nak jawab sebab belum aku nak jawab soalan mamat trompet yang comel itu, mamat lesung pipit datang tanya soalan yang sama. Nervous orang comel tanya. 

"Apa Haq?" Nabila mempersoalkan jawapan aku

"My birthday!" jawab Fedit.

Rupanya, diorang nak buat show dekat tempat aku posing itu. Aku belum settle lagi tangkap gambar, diorang menyibuk datang. Makanya, aku  minta masa diorang berlalu sekejap untuk aku tangkap gambar. So, bila diorang buat persembahan, aku pun menyibuklah balik nak tangkap gambar dengan blackboard sambil berlatar belakangkan diorang yang tengah main peralatan muzik. 



Nampak City Hall, jam pun dah menunjukkan masuknya waktu Zohor. Maka, kami minta rehat di bilik khas City Hall untuk solat. Sebelum itu, pastikan korang ambil wuduk dekat tandas sebelah City Hall itu. 



Lepas selesai solat, kami meneruskan kaki ke tempat lain dengan harapan jumpa air. 

"Wei. Cari air wei. Dahaga ini" 

Bertanya kami pada pekerja di situ mana water cooler. Kami cari masih tak jumpa.

"Weh! Botol air hilang!" Fedit baru sedar botol air hilang kerana botol air tiada dalam dakapannya.

"Hah? Hilang mana?"

"Maybe masa tangkap gambar dengan orang yang main instrumen tadi kot"

Sudah nak meneguk botol mana ini. Air mineral dekat Disneyland serious berganda mahal walaupun botol kecil. 

"Botol cebuk" Botol air mineral yang digunakan untuk membuang air kecil. Tekak aku dah gulp gulp. Botol cebuk? Walaupun itu botol cebuk aku sendiri. Nabila pun mengambil botol cebuk aku yang di selit di bahagian tepi poket beg aku.

Cari water cooler tak jumpa juga. Lepas itu, aku nampak pekerja Disneyland tengah tegur air. Air dia sejuk abis. Mengiur aku tengok macam air kelapa je dia minum.

" Ini kalau tak jumpa. Aku minum je air paip" 

Dahlah nak meneguk botol cebuk, pula itu minum air paip. Otak aku cuba menghadam dan berimaginasi tentang perkara ini. Bukan tak penah buat benda-benda aneh macam ini. Cuma dah lama tak buat. 

Lalu dekat satu kawasan itu, ada meja-meja untuk makan. Kami pun berhenti sekejap di situ sambil menenangkan perasaan hati yang tak jumpa water cooler. Keluarkan sandwich dan biskut yang ada untuk makan. 





Sedang menikmati sandwich, aku nampak pekerja Disneyland bawa botol air yang sejuk. Aku pun tanyalah dia isi air dekat mana. Katanya di Fantasyland. Makanya, kami pun mencari di kawasan Fantasyland. Akhirnya jumpa terus isi dengan botol cebuk. Aku memastikan Nabila minum dulu baru aku minum untuk memastikan tahap penapisan pengunaan botol tersebut. Maaf Nabila ya. Hehe. Hah! Sedap pula air itu!





It's a small world. Di sini, kita akan naik sampan yang bergerak dengan sendiri di laluan air. Sampan yang di naiki membawa kami ke dunia orang kecil lagi comel dan warna warni. Lama juga perjalanan ini. Kalau boleh duduk di bahagian depan senang nak ambil gambar. 






The Many Adventures of Winnie the Pooh. Pooh menceritakan perjalanan dan kehidupan Hundred Acre Wood bersama-sama kawannya kepada korang sambil ride kenderaan dia. Macam baca strorybook Winnie the Pooh tapi kali ini versi giant dan korang sendiri ada dalam itu. 




Mystic Magneto-Electric Carriage. Sebelum naik kenderaan khas untuk melihat harta benda kepunyaan Lord Mystic. Beliau akan beri taklimat sambil dibantu oleh monyet yang bernama Albert. Tetiba Albert terbuka kotak musik yang membawa korang ke dunia harta benda Lord ini yang banyak seksyen. Serious comel dan best. 


Back love


Akak kuad uoolll

Space Mountain. Roller coaster ini aku suka sebab dia gelap gila tak nampak apa. Ada la cahaya LED sikit2 seolah-olah di angkasa lepas di sebahagian tempat. Total memang gelap dan kadar kelajuan roller coaster semakin meningkat. Lagi nak penghujung lagi laju. Turun dari roller coster ini korang terasa kepala korang pening gila tapi syok. 







Stitch Encounter. Dekat sini Lilo akan bercakap dan berborak dengan korang. Siapa yang bertuah dia akan pickup. Masa time kami masuk itu, ada lelaki ini dipilih Lilo kebetulan Hari Jadi makwe dia. So, lelaki ini request nyanyikan Happy Birthday dekat makwe dia. Lilo dan semua orang pun sama-sama nyanyi. Sweet sangat Lilo dan Lilo pandai pakai pickupline bila berkata-kata. 

Autopia. Di sini kami bermain kereta yang kalau tidak di control steringnya mengila kereta itu langgar tembok. 




Buzz Lightyear Astro Blasters. Di sini, korang akan di bawa naik kenderaan angkasa yang macam cawan dan memegang pistol laser. Pistol itu korang tembak penjahat kononnya yang dikenali sebagai Zurg untuk dapatkan point. Point itu ada di kiri kanan semasa perjalanan. So, tembak banyak2 untuk dapat point. Kenderaan korang naik itu pun boleh gerakan ke kiri kanan dengan menekan punat. Itu pun tahu punat itu lepas Nadz tetiba tekan punat itu sedang aku syok melaser semua benda yang ada tetiba 'eh dah ke kiri lepas itu eh ke kanan'. 



Agak dah puas pusing Disneyland, sebelum balik kami pun singgah beli souveniar dan posing sekupang dua sebelum keluar Disneyland dengan monopod Nadz. Tengah syok posing, pekerja Disneyland tegur cakap tak boleh guna monopod. So, sebelum kena tegur itu, kami pun posing laju2 dan cepat2  dengan monopod. Lepas dah kena tegur, kami pun suruh pekerja itu tangkapkan gambar kami. Sebenarnya memang nak minta orang tangkap gambar pun. 





Oh ya! Kami tak tunggu untuk pertunjukan bunga api waktu malam sebab dah lapar sangat. Itu yang keluar awal itu. Kami pun bergerak keluar untuk ke restoren makanan halal Hong Kong di Islam Food (next entry)

5th September 2015



Monday, 9 November 2015

Tiket murah Disneyland Hong Kong (HotelinHongKong.net)



Untuk mendapatkan tiket murah Disneyland bolehlah ke website ini. HotelinHongKong. So, kena menapak ke travel agent ini sendiri. Harga di tiket di Ding Ding pun tidak semurah ini. (lupa harga tiket di Ding Ding)

Harga di laman web Disneyland : 499 HKD
Harga di laman web HotelinHongKong : 438 HKD

See jauh beza tu kan walaupun kena menapak sendiri.

Maklumat Pejabat HotelinHongKong ini seperti berikut : 

Located in: New Mandarin Plaza Shopping Center

Address: Room 905, 9/F, New Mandarin Plaza, Tower A, 14 Science Museum Road, Tsimshatsui East, Kowloon, Hong Kong

Phone:+852 2369 9991

E-mail : cs9@asiatravelcare.com / sales9@hotelinhongkong.net ( e-mail agen nama Rainbow Ho)

Operation time: · 9:00 AM – 6:00 PM




Untuk ke sini boleh menaiki MTR turun stesen Tsim Sha Tsui Exit D2 dan berjalan kaki lebih kurang 15 minit kalau tak tercangaklah. Direction dia boleh google map dari stesen yang korang naik tu ke New Mandarin Plaza. 





Bangunan New Mandarin Plaza ini betul-betul berhadapan dengan fountain dan taman.

Bila korang masuk Plaza ini sila cari side A. Sebab plaza ini ada dua side A dan B. Side A tak boleh tembus side B dan sebaliknya. 

Kemudian, naik lif tingkat 9, keluar je lif korang boleh nampak dah travel agent ini punya signboard dan office dia. 

Diorang bagi tiket terus ye bukan voucher.  

Sebarang pertanyaan boleh e-mail atau call tanya. 

Friday, 25 September 2015

[Day 1] Kak Specky bawa kawan-kawan ke Hong Kong-Macau-Shenzhen

Assalamualaikum.

Trip kali ini, pada mulanya di usul oleh Adah dan di ikuti oleh Nabila. Aku masa itu tengah berkira-kira duit dalam tabung nak pergi ke tidak. Adah dan Nabila selamat beli tiket tahun lepas 2014. Tetiba awal tahun ini ada promosi tiket Air Asia dan duit tabung cukup untuk beli tiket. Apa lagi, lantas jari runcing ini tertekan tiket ke Hong Kong yang berharga RM350 return (include baggage 20kg return and nasi lemak Pak Nasser) 

"Adah! Nabila! Aku join!"

Bagi memeriahkan lagi trip, ajak lagi kawan-kawan yang total trip asal 7 orang. Yang pergi adalah 4 orang. Paling merambu ayaq mata Cik Adah sebab dia yang usul proposal untuk ke Hong Kong ini, namun beliau tidak dapat hadir atas faktor berkhidmat pada negara. 

Geng Kak Specky - Haq dan Nabila
Kawan Haq - Fedit dan Nadz 


Greeting Hong Kong People. Sepets is menawan
Untuk mission kali ini, aku membawa blackboard untuk memberi mesej for somebody. Somebody? Siapa? Sibuk je nak tahu. Mesej apa aku kasi? Ok semua. Rahsia. Koh koh koh. And Nadz follow my idea dengan membawa her whiteboard. 

Tepat jam pukul 8 pagi. Jeritan speaker KLIA2 membuatkan aku dan Nabila marathon untuk ke gate yang super jauh gilosss. Jeritan dia macam ini, "Final call AK124"

Masa ini aku lupa dan miscommunication yang Fedit cakap dia tunggu dekat escalator nak turun untuk bergerak sama-sama ke gate.

Bila masuk gate terus aku jerit dekat orang yang ala2 Fedit sebab aku ingat Fedit dah tunggu dalam gate. "Fedit!" Oppss salah orang. Mengelupurlah aku dah 8.15 pagi, boarding katanya 8.25 pagi dan flight pukul 9.05 pagi. Terus call Fedit. Fedit katanya bila aku call terus lari. Ingatkan kami dah lambat. Rupanya ada yang lagi lambat. Sakit hati kita awak. Penat tau lari-lari, potong sana-sini. 

Nadz dah terbang dulu pukul 7 pagi. Aku, Nabila dan Fedit fly kemudiannya.

Dalam flight, aku dok seat tengah. Sebelah mamat Mexico mana ntah, sebelah lagi uncle Cina. So, aku dok borak-borak dengan Uncle sebelah aku itu. Girlfriend mamat Mexico sebelah aku dok kalut nak tukar seat disebabkan dia terpisah dengan boyfriend, di mana dia dok depan seat aku. Aku tak ngorat pakwe hang la. Aku cakap aku nak stay seat situ sebab aku ada buat tempahan makanan. Nanti kesian kat pramugari yang serve makanan. Prihatin tak aku dekat crew.

Flight 4 jam

Lebih kurang pukul 1 petang selamat sampai dekat Hong Kong. Time Malaysia dengan Hong Kong sama sahaja. Dari pemandangan tingkap kapal terbang. Hong Kong cantik sebab dia pulau kan dan masa nak landing macam rasa landing dekat atas laut. Gamaknya ikan kat laut Hong Kong pun dah tak terkejut beruk dengar bunyi kapal terbang hari-hari. 

Dapat wifi airport Hong Kong terus mesej Nadz untuk gerak sama-sama. Cian Nadz dah jadi pishang tunggu kami. Masa sampai terus ambil semua map yang ada dan isi kad Octopus 150 HKD (50 deposit kad dan 100 topup)


Kaunter untuk beli Kad Octopus
Hong Kong Airport-Mongkok

Pemandangan dari sudut specky : 

Langit biru, laut biru, Buat I haru biru


Budak-budak balik sekolah, Kak Specky baru nak berkelah



Naik bus A21 turun dekat No.8 iaitu selang berapa baris dari Sino Centre. Hotel kami di Mongkok. Bila turun bas terus jumpa Sino Centre, makanya, terus kami naik untuk beli tiket feri ke Macau return di Ding Ding Travel agent iaitu 300 HKD. Lebih murah dari laman web dan travel agent yang lain, so far kami researchlah. Sebab voucher dia tak kisah balik pukul berapa. Tapi ini feri Cotai Water Jet tau bukan TurboJet.

Dah settle beli tiket, misi mencari Hotel. Rupanya Hotel kami memang tengah bandar dan kalau dari luar bangunan dia memang nampak buruk. Yang tak boleh blah bila dah masuk bangunan nak cari tingkat mana satu punya payah. Signboard tulis ke kiri dan tingkat yang di tekan tiada dalam punat button lif. Rupanya lif dia nombor genap sebelah kiri, belah kanan ganjil. Tapi tak juga. Sebab tingkat kami 24 belah kanan. Sebelum itu, kami tekan tingkat 7, keluar-keluar lif terus kelab malam uoolll. Sempatlah tengok mak ayam, pak ayam berlatarkan lagu kelab malam. Amoi dekat recep kelab malam pun agak terkejut tapi berlagak cool kami yang bertudung bersama berbondong beg backpack singgah kelab malam dia. Tanpa segan silu terus aku tanya tingkat berapa Hotel yang akan kami duduk itu. Amoi itu jawab tapi tak membantu. Fedit dan Nabila cadangkan kita naik tingkat 24 kalau tak jumpa kita turun balik. Naik tingkat 24, alhamdulillah sampai. No. Hotel Kowloon Mongkok itu 2407. Rupanya 24 itu tingkat dia baru nombor lot. Ciss.

Lapor? Brahim kan hado




Masuk bilik, solat, kemas barang, makan megi lepas itu keluar balik.

New Mandarin Plaza Tower A


Naik MTR dari Mongkok ke Tsim Sha Sui, kami ke sini untuk mencari tiket Disneyland yang murah iaitu 438 HKD. Kalau ikut laman web, harga dia 499 HKD dan dekat Ding Ding Travel pun harga tak dapat semurah ini. Kami ke travel agent HotelinHongKong.net. Kalau beli online dekat laman web dia pun tak semurah ini. So gigihkan diri pergi travel agent untuk dapat harga ini. Masa nak cari Plaza ini, jenuh bertanya, abang polis pun kami tanya. Sampai dekat fountain, kami duduk. Nabila suruh aku tanya mat salleh yang bakal lalu depan kami.

"Excuse me"

Mat salleh itu, pandang tapi macam confuse betul ke ada orang cakap English dengan dia. Kali kedua dia pandang, aku mengiyakan bahawa aku tegur dalam English kepada dia dan terus aku tanya macam mana nak pergi Plaza itu. Slang Britian dia buat otak aku tak berapa nak pick up tapi trylah juga pick up. 

Dah tau direction, carilah kami, jumpa, alahai kecik je lorong nak masuk plaza itu. Lepas itu plaza itu ada dua side, side A dengan B. Side B tak boleh tembus side A ye. Maka, korang kena tengok betul-betul dan cari side A. Lif plaza itu ada penunggu ok. Maksud penunggu aku adalah tukang jaga lif. Sempatlah si Fedit sapa mak cik Hong Kong, tanya khabar. Kata mak cik Hong Kong dia tak sihat, "Wo pu Hou" Actually mak cik itu dingin nak layan ramah tamah kitaorang. 

Inilah signboard tanpa lindungan pokok
Bila nak keluar dari Plaza ini kami jumpa jalan lain. Rupanya, Plaza ini betul-betul depan fountain yang kami duduk dan tanya mat salleh tadi. Dan signboard dia cukup besar. Malangnya, signboard New Mandarin Plaza dia dilitupi pokok-pokok yang subur menghijau. Wadap Wadap. 


Nampak pokok dari signboard. 
Makanya, posinglah sekupang dua depan fountain.





Kemudian, kami meneruskan perjalanan untuk ke The Peak. Mula-mula naik MTR salah turun ke Wan Chai. Naik MTR balik pergi ke Central. Turun Central nak cari bus ke The Peak. Jalan punya jalan sampai The Peak Tram iaitu tempat orang naik tram ke The Peak. Orang yang beratur naik The Peak, peh peh peh ramai amat. Kami nampak bus stop iaitu bus stop yang kami harap ke The Peak. 



Masa naik bas 15C, sedang menikmati pemandangan jalanan Hong Kong. Ternampak babak girlfriend merajuk dan merentap tangan boyfriend. Lalu boyfriend tak mau banyak cakap terus mencicit. Aku, Nabila dan Nadz yang nampak drama ini terus berkicauan dalam bas. Culture shock sekupang. Hong Kong sangat terbuka bab-bab macam ini seperti Korea. Sepanjang trip Hong Kong ini, drama-drama macam ini semua berlaku depan mata kami. Why must in front of us? Chaittt. Aku kena cerita supaya korang bersedia mental tengok drama Hong Kong. 


Bawah payunng to tempat orang menunggu tram. Ramai amat. Berhampiran tempat menunggu Bus Stop 15C

Rupanya berhenti di jeti mana ntah. Kami mencari bus 15 ke The Peak, rupanya kami naik bus 15C yang membawa ke tempat mana ntah. Conclusionnya, kami sesat. Lepak seketika melihat pemandangan Hong Kong di malam hari. Not bad view dari tempat kami di campakan. 

View tempat kami dicampakan :




Lepas dah lepak, jalan punya jalan jumpa Eye of Hong Kong. Kemudian, jumpa Apple. 











Kemudian, baliklah kami ke jalan yang benar. Masa nak cari Nathan Road iaitu di mana Hotel kami berada, jenuh mencari juga. Yela, hari first kan, nak harung orang yang super ramai and Hong Kong is super hot dari Malaysia, 30 darjah celcius uooll. Kami salah exit dari MTR Mongkok. Masa ini aku ingat, Nadz tanya pak cik security.

Excuse me! Pak Cik Security muka gengster sambil memegang puntung rokok yang baru dinyalanya dan merenung muka Nadz dekat gila kot. Face to face nauu ko ngan Pak cik Security tu Nadz!

Nadz cuak dan bergetar hati. Where is Nathan Road? Pak cik Security menunjukkan satu blok ke hadapan cuma perlu memilih ke kanan atau ke kiri. Kami ke kanan, nampak Chow Tai Fook Jewellery. Haaa nak dekat dah hotel kita. Rupanya, tahukah anda Chow Tai Fook berada di mana-mana sahaja, seberang jalan, selang dua tiga baris deretan kedai. Everywhere is Chow Tai Fook. Sangat tidak disyorkan Chow Tai Fook sebagai landmark. Kami patah balik ke kiri. Alhamdulillah di jalan yang Haq. 

Malam itu, lapar! Brahim kan ado! Nasi goreng kampung.

4 September 2015