Wednesday 25 March 2015

D2- Hatyai, Thailand - Ice Dome, Mosque Central of Songhkla, Museum Trick Eye, Night Market

Disebabkan aku sebilik dengan Azreen dan Azreen adalah insan yang baik bagi aku sebab dia bangun pagi awal gila dalam pukul 4 pagi. Subuh masuk pukul 5 pagi. Bila Azreen dah bangun, aku masih pejamkan mata untuk tunggu alarm pukul 5. Namun, pejaman mata aku menyuruh untuk bukakan mata "Haq bukan mata!" "Baiklah". Teringat moment aku masa dekat sekolah dulu. Aku suka sangat tidur dalam kelas. Cikgu Fizik selalu sabar menegur aku. "Farhana, bukalah mata, pandanglah papan putih ini" sambil tunjuk-tunjuk pen maker dekat papan putih. Maaf mengimau masa lampau, layankan aja.. Sambung balik. Aku pun bangun, mandi, iron baju, solat dan siap-siap kemas barang. 

Kota Hatyai waktu pagi memang sunyi. Kedai pun banyak tak buka lagi.

Tok Sami pagi2 pun dah keluar 



Jalan punya jalan terjumpa CIMB Thai selang satu blok dari Hotel aku. Siapa-siapa yang merupakan pengguna CIMB bolehlah withdraw dekat CIMB Thai ni. Tak kena charge pun menurut apa yang aku baca dari perbincangan otai travel. Kalau korang withdraw dekat bank lain kena charge dalam RM belas2..


Jalan punya jalan, terjumpa dengan kedai yang slumber badak jual CD lucah. Terkejut otak aku  yang murni ni pepagi. Sebab benda ni rare sangat kat Malaysia and of course aku pun tak hingin nak tau. Aku cakap ni sebab tak nak korang terkejut macam aku juga. Aku pesan siap2 ni,

Jalan punya jalan lagi, terdengar bunyi letrik. ZzzZZ. Rupanya ada dua tiang letrik utama gamaknya,  berselirat dengan wayar cuma tak nampak pintasan letrik tu je.

Jalan lagi dan lagi perut pun meronta-ronta minta di isi singahlah kedai makan Sulaiman. Order roti canai kosong 20 bath, murtabak azreen tak ingat berapa, nasi putih 3 bungkus 60 bath satu 20 bath, telur dadar 15 bath tapau makan dekat hotel bilik Nabila.


Inilah breakfast kitaorang. Nasi putih, telur dadar, roti canai, sambal udang rangup Adah (sambal ni memang sedap gila, teruja kagum aku makan), seaweed (feeling2 Korea, siap buat recap moment di Korea, fever Korea memang tak kebah-kebah), Swiss Roll.

Settle makan, kitaorang pun turun lif dengan bag sementara nak tunggu van sampai, aku pun tangkap gambar sekeliling.




Tak lama lepas tu, van pun sampai. Haruslah first skali tengok driver sebab dah request kan. Ok not bad driver, lulus dengan baik. Namanya Noi.



kami drop beg kami dalam van. So, takdelah kami nak mengusung beg sana sini. Bila naik van teruja gila van dia. Pehhhhhh. Besar kot van dia, orang tour tu siap cakap van baru lagi kasi bagi kitaorang. Van tu untuk 10 orang, kami naik 6 orang of cos la heavan. Siap boleh berdiri lagi dalam van tu. Kami yang jakun ni apa lagi, bila masuk van, drebar tak masuk lagi or keluar kejap mahu kitaorang tekan sana sini. Owh berangan van tu macam van Kpop artis. Dan Noi drebar kami tu manager oppa. So, setiap kali masuk van nak gerak ke destinasi seterusnya. "Manager Oppa, apa schedule kita lepas ni?" Menyampah tak? Maaf la..koh koh koh.




Destinasi Pertama kitaorang..Eh, schedule pepagi kitaorang. Ice Dome.



 Slide ni memang syok..tak dapat g negara salji..sini pun jadi la..

 Ice Dome ini ada season..rasenya ni season 6..tema musim sejuk dia lebih kepada haiwan2 musim sejuk

 Slide ni paling syok..n tempat paling sejuk..uncontrol meleleh hingus

 Lepas keluar dari Ice Dome..ada taman jadian untuk tangkap gambar..

 Betul2 keluar dari Ice Dome and dekat dengan toilet..ada area tali2 ni..kami main naik je..tukang jaga takde..kalau ada nak hulur duit..kalau takde kami tumpang naik la naa..


Perut dah berkeroncong lepas dah tangkap gambar, Noi pun tanya, nak makan? Dia pun tunjuklah tempat makan..dekat je dengan Ice Dome tu..jalan kaki dah jumpa..kedai makan Muslim lak tu..sedap lak tu..Kita orang order somtam 6 pingan, nasi enam, tomyam satu (serius antara banyak2 tomyam, tomyam kat sini sedap siap ada ikan lagi tau), telur dadar, teh ais, ulam setalam (tak payah order dia kasi free macam dalam gambar)


  Ni lah kedai Muslim tu

Lepas dah kenyang. Next schedule adalah ke Masjid Central of Songkla

Cantik Masjid dia. Besar dan selesa. Masa kami datang ada orang tempatan akad nikah tengah bersiap2 dalam tempat wuduk. Lupa pulak nak minta join nak tengok diorang akad nikah macam mana. Yelah orang dok cakap nikah kat siam. Nak tau macam mana nikah kat sana. 

 Ni pemandangan depan Masjid seberang jalan. 


Kalau nak tangkap gambar menara masjid. Korang kena tangkap gambar dekat tengah2 jalan. Baru nampak view keseluruhan masjid.

View dari dalam Masjid


Lepas dah solat, rehat, charge bateri HP, kamera semua. Kami pun bergerak ke Museum Trick Eye Hatyai


 Jalan benar atau tidak teruskan berjalan

 Oppss...Noty lah korang ni..ish3


 Cukup akrobatik tak? koh koh koh




Lagi satu dekat sini, ada time untuk free magic show. Takde gambar sebab dilarang tangkap gambar dekat dalam show tu. Nak tengok show ni korang boleh keluar dari area trick eyes pastu masuk balik lepas show. 

Dah puas tangkap gambar trick ni. sampai bateri kamera kong Lepak lah kami di cafe dalam area trick eye ni dengan beli coffee segelas Nabila buat syarat nak charge HP. Aku pula lupa nk bawa charger, pi simpan elok dalam beg kat van Noi. Makanya kamera dan HP tahap nazak yang tak boleh buat apa. Padan muka!

Depan museum trick eye ni ada Night Market. Besar dan meriah Night Market dia.


Area dekat sini bersih. Surau pun ada cuma konfius mana surau perempuan dengan lelaki sebab simbol sama. Tulisan pendek dan panjang menentukan lelaki ke perempuan.

Tulisan siam panjang ni perempuan

Tulisan kontot ni lelaki





Masa tengah menunggu van ke Phuket, tetiba mak cik Siam sebelah aku sambil tengok tab tegur aku dalam bahasa Siam. Aku senyum jela. Pastu dia macam tunggu aku cakap. "Sorry I cannot speak Thailand" Dia agak terkejut. "Where you from?" "I'm from Malaysia" Mak cik Siam tu blur Malaysia dekat mana. "We neigbour, Thailand and then Malaysia" Aku siap buat gaya tangan nak cakap betapa jirannya kita. sekali lagi Mak cik Siam tu blur Malaysia dekat mana. Ok, fine, senyum jelah.



Signboard Musuem Trick Eye bila malam


Gambar toilet ni ambil sebab ada kolah kecil tu. Cute je kolah dia. Bebudak2 tengok pun rasa nak terjun.


Naik van menuju ke Phuket

Noi cakap kena tukar van dan driver. Semua orang dah frust sebab kena tukar Manager Oppa, tak de Noi la nanti. Frust tu berpanjangan sampai ke Phuket. Sebab apa. Meh nak cerita kat hampa semua.
Bila van lain sampai, pattern van sama cuma van tu tak baru macam van Noi. Barang-barang kitaorg beg semua dah di loading siap2 dalam van nak ke Phuket tu. Pastikan check beg korang. Aku ni mengelabah sebab masa kat dalam van Noi aku tinggalkan adapter plug Adah kat seat. Pastu macam tak keruan aku. Rupanya Noi dah check and kutip semua barang peninggalan kitaorang buh dalam beg plastik. Baikkan Noi. Selepas reda kekalutan aku. Kitaorang naik van, pastu cakap terima kasih kat Noi. Ala sayu and lupa pula tu nak tangkap gambar dengan Noi. Naik van Phuket tu, ingat nak tidurlah tapi hampeh.

Tiba-tiba van tu berenti and amik orang. Dah amik orang boleh dia arahkan si Dila ubah tempat sebab nak kasi penumpang mana ntah naik dengan kitaorang. Mengetatlah muka kitaorang, pastu 2 penumpang tu cakap takpe dia duk depan. Drebar, 2 penumpang dengan peneman drebar duk bahagian depan. Amik kau 4 orang dok seat depan. Statik je diorg duduk depan nak strecth lenguh tangan pun angkat bahu je sebelah. Hahaha. Lepas tu van gerak, bawa macam pelesit, bila dah pelesit bunyi van tu macam nak roboh je, bunyi ngok ngek dia tu sabau jela.Boleh pulak bunyi ngok ngek tu dekat atas kepala aku. Tak cukup dengan tu, drebar tu pasang pula lagu kuat2, speaker kat sebelah telinga kanan aku lak tu. Suruh slow, slow sket je, pastu diorang pasang kuat balik bila tengok kitaorang lena. Lagu diorang pasang dari lagu rock thai, etnik kreatif thai, klasik thai, dangdut thai, jazz thai, RnB thai semua cukup buat belaian tidur. Agak2 lah nak buat festival muzik 1 malam kat foreigner macam kitaorang ni. Aku punya marah tu rasanya dah bertingkat-tingkat. tapi punya sabar sebab tetiba terpikir 'Ish..macam mana kalau kena culik or jual ni, muka drebar dan kawan2 meragukan, ya Allah selamatkan kitaorang' . Serius dalam van tu baru terpikir, rupanya bukan aku sorang je yang pikir macam tu. Kawan2 lain pun sama. Bateri handphone aku lak dah low, cas powerbank pun tak guna tak masuk2. Alhamdulillah, semua selamat.

Thailand takde highway and tol, makanya jalan dia macam jalan yang lalu kiri kanan kebun, hutan, rumah orang, pekan dan lain2. Jalan pula tak rata banyak contruction dan apa lagi melompat2 lah kitaorang bila langgar bonggol ke lopak ke. Tengah2 tidur pun aku boleh melatah 'Oh mak kau' pastu sambung tidur. 

Perjalanan Hatyai ke Phuket adalah 7 jam, kami bajet sampai dalam pukul 5 pagi. Namun disebabkan drebar bawa macam pelesit. Kami sampai awal tapi sesat mencari Hostel. Dua tiga kali drebar berhenti tanya orang. Doa untuk sesat sebab boleh lengah-lengahkan masa. Siap kami lengahkan masa berhenti dekat 7E tumpang toilet lama-lama. Sampai pekerje 7E tu bengang sebab kami lama sangat buat bussiness dalam toilet. Doa sesat kami dimakbulkan sehingga drebar tu tanya taxi motor untuk tunjukan jalan. Pula tu minta kita orang bayar 300 bath kalau nak tunjukan jalan. Ohw! mana boleh. Kita dah orang bayar mahal-mahal, kenalah cari sampai jumpa. Benganglah kami. Taxi motor minta 100 bath. Ok terpaksa bayar, kang drebar tu hangin bawa ke mana-mana kang kang kang.

Akhirnya, Hostel dapat di temui. Kami sampai awal, makanya kami lepak depan Hostel. Aku, Nabila, Ika dan Azreen jalan-jalan melawat kawasan di awal pagi. Dalam pukul 7 pagi, ada pekerja Hostel agaknya datang. Dia panggilkan Boss Hostel. Kami dapat check in awal. Apa lagi, membuta sampai pukul 9 pagi, 9.30 pagi nak gerak berjalan-jalan. Pergi mana? Sambung next entry. Koh koh koh.

Day 2 - Anda di page Day 2

Sunday 15 March 2015

D1 - Hatyai,Thailand - Floating Market, Lee Garden, Pink Lady Market

Trip ini disertai 6 orang gadis. Ahli tetap adalah KakSpecky 4 orang dan 2 orang kawan dan adik KakSpecky.

Ahli KakSpecky - Haq, Nabila, Adah dan Dila

Kawan Haq - Azreen

Adik Nabila - Ika

Untuk ke KLIA2 aku naik teksi sampai ke BTS (Bandar Tasik Selatan). Dari BTS aku ambil KLIA Transit BTS-Putrajaya (RM 4.70)  dan Putrajaya-KLIA2 (RM 4.30). Ini kaedah jimat gigih beli tiket kat kaunter dua kali total RM 9 ( Harga ini boleh dapat kalau korang tunjuk kad siswa 1Malaysia tu, kalau tak de harga normal 2 tiket ini cecah RM 10 lebih juga). Aku naik tren pukul 8.10 pagi dekat BTS, sampai KLIA2 lebih kurang pukul 9 pagi.

Bila aku sampai, Nabila dan adiknya pun sampai, diorang naik bas dari BTS ke KLIA2. Azreen dan Dila pun sampai juga. Ok Adah the penjaga ticket as usual seperti trip ke Korea yang lepas datang lambat sket. Drama beg juga berlaku seperti trip ke Korea tapi tak havoc macam trip Korea sebab dah tahu nak organize barang. Drama beg ini berlaku bagi kami sebab nak jimat bayor luggage lelebih. Kami kan tak kaya hanya backpack. Makanya 25 kg kongsi lah 6 orang. So baju2 aku yg masuk beg backpack pun dikeluarkan masuk untuk hand carry. Paling drama shampoo, lotion, shower gel, pencuci muka dila semua besau gedabak. Yang packing kita beli stok kat rumah tu, dia bawa p sana tak sempat beli yang travel packing katanya. Tu drama beg rare untuk trip kali ini.

Benda paling berdebor dan di nanti-nantikan adalah 1) scan passport bagi warganegara Malaysia, perkara kedua adalah 2) Nasi Lemak Pak Nasser. Dalam flight yang ambil makanan boleh kira je termasuk we allll. Yela, perjalanan 45 minit nak makan apa sangat. tapi kitaorang bijak sebab bila da landing Hatyai tak payah pikir nak cari makan dah, kitaorang terus check in and jalan sampai lebam. Bijak tak? Koh koh koh.


Elok habis makan, crew cabin dah datang nak kutip sampah. Tak lama lepas tu, announcement pakai seatbelt, dah nak landing dah. Eh...kerusi tak empuk lagi dah nak sampai? Alhamdulillah, landing dengan selamat di Hatyai.

Sampai Hatyai, cop imigresen. Pastikan korang cop imigresen Thailand. Kang tak pasal2 masuk list rasuah kat Thailand.



Keluar balai ketibaan, semua macam anak ayam terlepaskan dari reban. Sorang g money changer, sorang g tangkap gambar, sorang amik map, sorang sana sorang sini. Yang syok bila nampak map terus sambar, nampak poskad percuma pun terus sambar. Lepas itu, Adah pun jerit dah2 jom g kaunter kuning untuk amik taxi airport ke Hotel. Kita orang naik 2 kereta sebab 6 orang kan. Alhamdulillah semua berada di jalan yang benar bila dah naik taxi. Harga 600 bath untuk 6 orang.






Sampai Hotel, kami check in, solat and get ready untuk jalan2 kat kota Hatyai. Review Laemthong Hotel.





Destinasi pertama Floating Market


Kami jalan-jalan tangkap gambar sikit, pastu baru tahan tuk2.


Sampailah floating market. Masa sampai kat tempat parking tuk2, tetibe kagum ada kereta proton Saga la!. Waa dalam hati, hebat kereta Malaysia orang Thai guna and beli. Rupa-rupanya, plat Malaysia. Ok, kagum tadi tukar jadi gigih drive bang sampai Thai.



Dekat Floating market ini makanan dia Halal dan tempat dia pun bersih. Floating market buka hujung minggu je. Hari lain korang datang. Nasib padan muka kat koranglah. Bila dah nampak makanan, jadi tak menentu, nak makan ke nak tangkap gambar kagum ke nak ap. Menarik makanan yang wujud dekat sana.



Makanan yang kami beli, makan sampai kenyang kul 12 malam. Konon sampai 12 malam. Hakikatnya nampak makanan selagi itu makan.





Air Kelapa dalam buluh - 20 bath, bila dah habis boleh refill dengan membeli sebiji kelapa 



Tak ingat nama dia apa. Rasa macam som tam tapi versi betik goreng


Mushroom fish soup

Ais krim kelapa. Siap kasi free pasu lagi.


 Megi cara Thai



Yang balut daun pisang tu otak-otak. Tak sedap.




Penjual letak makanan dalam bakul sekali dengan duit.

Sushi comel

Lepas dah kenyang kitaorang pun jalan-jalan depan sket dari Floating Market. Eh, ada kedai2 jual
barang2 untuk souvenir dan macam-macam lagi. Sementara tunggu Adah pegi toilet, kami pun jalan2 konon2 Mak Long melawat kawasan. Dekat area sini kalau beli T-shirt Hatyai tu harga dia Ok dan design baju pun cantik2. Maksud aku selain I Love Hatyai, design ada gambar tuk2, peta dan sebagainya.




Jalan lagi jumpa macam fun fair bajet. Antik kan kereta pusing-pusing tu dia letak macam dekat bawah tu




Lepas dah puas pusing2 dan kami jumpa Adah balik, kami pun jalan nak balik cari tuk2. Sementara nak cari tuk2 tetibalah tersinggah lak dengan gerai jual Key Chain ni. Cantik kan. So pakat2 beli kongsi2 lah kami. Cara jimat memang begitu. Masa dekat sini jugalah si Adah mendapat gelaran pemurah dia menderma 1000 bath kepada anak-anak yatim Hatyai. Di sebabkan hari 1st masih blur2 dengan currency duit bath begitulah jadinya. But better menderma dari kena tipu.



Ok lepas dah settle semua, kami pun nak cari tuk2. Adah jadi tukang bargain untuk harga sebab Adah dah study bahasa Thai. Silalah study dengan mendownload aplikasi bahasa Thai. Bargain2 punya bargain pak cik tuk2 semua eksyen baq hang, depa kasi harga mahai teruk sebab 200 bath untuk 6 orang. Rugi pula masa pergi tak minta pak cik tuk2 tunggu dengan harga pergi balik 50 bath, sehala 30 bath. Namun, kami ragu2 kesanggupan pak cik tu tunggu kami lepas dah bayar kang tu sebab kami tak amik pergi balik dengan pak cik yang sama. Penat bargain muka rela hati naik jugalah tuk2 tu.



Aku rasa dalam 8 naik moto roda empat tu. Siap letak kerusi plastik lagi. Semangat p pasar malam


Lee Garden

Kami naik tuk2 sampai depan Lee Garden. Nak masuk Lee Garden kena check barang2 scan satu badan tahu. Kalah Pavilion and The Garden pun tak dak macam tu walaupun Lee Garden tu macam mall biasa ja.

Depan Lee Garden adalah Central. Disarankan beli pulut mangga tepi Central lebih sedap bukan depan Lee Garden atau Central macam dalam gambar. 


Masuk Lee Garden kami tertarik dengan barang-barang yang dijual macam dekat gambar bawah ni.



Banyak barang2 kraf tangan gitu. Harga pun reasonable (amboi speakang hang Haq).




Tangkap gambar mug ni sebab Adah cakap Haq nampak tak tarikh lahir ko?


Lepas dah puas tawaf Lee Garden kami keluar nak cari makan lagi. Kalau datang Hatyai, harus food hunt uuoooll. Kami pun mencari pulut mangga. Pulut mangga sini ada 50, 60, 70 bath adik mainiss. Kami pilih yang 50 bath. Ermm rasa dia ok la, mangga dia masam sikit tu sebab 50 bath kot. Maka inferencenya adalah semakin mahal mangga, semakin manis mangga itu. Assume aku la. Makanlah kami dekat tangga depan Lee Garden dengan slumbernya. Nampak sangat foreigner. Koh koh koh.


Pulut mangga sebelah Central

Lepas tu cadang kami nak cari night market yang wujud dekat area situ. Sedang2 mencari teringatlah kami bahawa kami perlu mencari kenderaan untuk pergerakan jalan2 esok di Hatyai dan perjalanan nak ke Phuket. Nampak tour agent terus kami masuk, Mee Mee Tour namanya, sekali lagi Adah menjadi jurucakap kami dan bargain berlaku lagi. Lama juga dekat situ, sebab nak explain tempat kami pergi keesokan harinya dan perjalanan ke Phuket. Nasiblah orang tour tu paham Melayu dan boleh speakang. Akhirnya bayarlah kami sorang 720 bath untuk perjalanan esok ( Ice Dome, Centrel Masjid of Songkla, Museum Trick Eye dan Phuket. Harus diketahui anda, kami ke Phuket sebelah malam untuk jimat penginapan. Dan harus diketahui kalian bahawa ke Phuket dengan van harga mahal sedikit berbanding siang. Extra request dari kami, nak drebar young and hensem only.



Lepas dah countim baik dengan Kak Tour tu kami singgah 7E untuk beli sim kad. 7E yang ketiga baru kami jumpa sim kad pilihan hati kami iaitu AIS traveller. Beli la dringking water dekat 7E harga dia 7 bath. Confius aku ada ke 7 bath bila nak bayar dekat kaunter. Biar betul, murah air drinking water depa ni. Kat Malaysia pun RM1. Maklumlah hari first, mata berpinor nak beza duit.

Jalan punya jalan terjumpa Pink Lady Market

Kiri kanan jual barang ada t-shirt, seluar baju. Jalan hujung sekali Pink Lady Hotel. Signboard dia aku muskil ada gambar perempuan. Depan pintu bersusun abang sado gempal yang garang mukanya. Tak berani nak tengok lama2. Pusing la balik.



Sebelum balik Hotel, singgah kedai makan Muslim sebab sorang ahli kami rasa lapar. Alik2 semua ahli melahap. Kedai Muslim signboard kuning tidak suggest untuk anda makan sebab makanan dia mahal dan masin belaka. Aku order roti canai kosong 20 bath, sama dengan RM 2. Gila mahal. Kalau kat Malaysia dapat 2 keping. (Nilah dilemma travel, compare everywhere) Sementara menunggu makanan sampai, aku pun masukkan sim kad Thai aku, buat dekat Dila pun settle buat dekat Azreen rasa nak hempuk simkad dia beli simkad cap apa ntah. Not recommended.

Lepas dah melantak semua balik Hotel. Aktiviti di hotel on your own.