Friday 25 September 2015

[Day 1] Kak Specky bawa kawan-kawan ke Hong Kong-Macau-Shenzhen

Assalamualaikum.

Trip kali ini, pada mulanya di usul oleh Adah dan di ikuti oleh Nabila. Aku masa itu tengah berkira-kira duit dalam tabung nak pergi ke tidak. Adah dan Nabila selamat beli tiket tahun lepas 2014. Tetiba awal tahun ini ada promosi tiket Air Asia dan duit tabung cukup untuk beli tiket. Apa lagi, lantas jari runcing ini tertekan tiket ke Hong Kong yang berharga RM350 return (include baggage 20kg return and nasi lemak Pak Nasser) 

"Adah! Nabila! Aku join!"

Bagi memeriahkan lagi trip, ajak lagi kawan-kawan yang total trip asal 7 orang. Yang pergi adalah 4 orang. Paling merambu ayaq mata Cik Adah sebab dia yang usul proposal untuk ke Hong Kong ini, namun beliau tidak dapat hadir atas faktor berkhidmat pada negara. 

Geng Kak Specky - Haq dan Nabila
Kawan Haq - Fedit dan Nadz 


Greeting Hong Kong People. Sepets is menawan
Untuk mission kali ini, aku membawa blackboard untuk memberi mesej for somebody. Somebody? Siapa? Sibuk je nak tahu. Mesej apa aku kasi? Ok semua. Rahsia. Koh koh koh. And Nadz follow my idea dengan membawa her whiteboard. 

Tepat jam pukul 8 pagi. Jeritan speaker KLIA2 membuatkan aku dan Nabila marathon untuk ke gate yang super jauh gilosss. Jeritan dia macam ini, "Final call AK124"

Masa ini aku lupa dan miscommunication yang Fedit cakap dia tunggu dekat escalator nak turun untuk bergerak sama-sama ke gate.

Bila masuk gate terus aku jerit dekat orang yang ala2 Fedit sebab aku ingat Fedit dah tunggu dalam gate. "Fedit!" Oppss salah orang. Mengelupurlah aku dah 8.15 pagi, boarding katanya 8.25 pagi dan flight pukul 9.05 pagi. Terus call Fedit. Fedit katanya bila aku call terus lari. Ingatkan kami dah lambat. Rupanya ada yang lagi lambat. Sakit hati kita awak. Penat tau lari-lari, potong sana-sini. 

Nadz dah terbang dulu pukul 7 pagi. Aku, Nabila dan Fedit fly kemudiannya.

Dalam flight, aku dok seat tengah. Sebelah mamat Mexico mana ntah, sebelah lagi uncle Cina. So, aku dok borak-borak dengan Uncle sebelah aku itu. Girlfriend mamat Mexico sebelah aku dok kalut nak tukar seat disebabkan dia terpisah dengan boyfriend, di mana dia dok depan seat aku. Aku tak ngorat pakwe hang la. Aku cakap aku nak stay seat situ sebab aku ada buat tempahan makanan. Nanti kesian kat pramugari yang serve makanan. Prihatin tak aku dekat crew.

Flight 4 jam

Lebih kurang pukul 1 petang selamat sampai dekat Hong Kong. Time Malaysia dengan Hong Kong sama sahaja. Dari pemandangan tingkap kapal terbang. Hong Kong cantik sebab dia pulau kan dan masa nak landing macam rasa landing dekat atas laut. Gamaknya ikan kat laut Hong Kong pun dah tak terkejut beruk dengar bunyi kapal terbang hari-hari. 

Dapat wifi airport Hong Kong terus mesej Nadz untuk gerak sama-sama. Cian Nadz dah jadi pishang tunggu kami. Masa sampai terus ambil semua map yang ada dan isi kad Octopus 150 HKD (50 deposit kad dan 100 topup)


Kaunter untuk beli Kad Octopus
Hong Kong Airport-Mongkok

Pemandangan dari sudut specky : 

Langit biru, laut biru, Buat I haru biru


Budak-budak balik sekolah, Kak Specky baru nak berkelah



Naik bus A21 turun dekat No.8 iaitu selang berapa baris dari Sino Centre. Hotel kami di Mongkok. Bila turun bas terus jumpa Sino Centre, makanya, terus kami naik untuk beli tiket feri ke Macau return di Ding Ding Travel agent iaitu 300 HKD. Lebih murah dari laman web dan travel agent yang lain, so far kami researchlah. Sebab voucher dia tak kisah balik pukul berapa. Tapi ini feri Cotai Water Jet tau bukan TurboJet.

Dah settle beli tiket, misi mencari Hotel. Rupanya Hotel kami memang tengah bandar dan kalau dari luar bangunan dia memang nampak buruk. Yang tak boleh blah bila dah masuk bangunan nak cari tingkat mana satu punya payah. Signboard tulis ke kiri dan tingkat yang di tekan tiada dalam punat button lif. Rupanya lif dia nombor genap sebelah kiri, belah kanan ganjil. Tapi tak juga. Sebab tingkat kami 24 belah kanan. Sebelum itu, kami tekan tingkat 7, keluar-keluar lif terus kelab malam uoolll. Sempatlah tengok mak ayam, pak ayam berlatarkan lagu kelab malam. Amoi dekat recep kelab malam pun agak terkejut tapi berlagak cool kami yang bertudung bersama berbondong beg backpack singgah kelab malam dia. Tanpa segan silu terus aku tanya tingkat berapa Hotel yang akan kami duduk itu. Amoi itu jawab tapi tak membantu. Fedit dan Nabila cadangkan kita naik tingkat 24 kalau tak jumpa kita turun balik. Naik tingkat 24, alhamdulillah sampai. No. Hotel Kowloon Mongkok itu 2407. Rupanya 24 itu tingkat dia baru nombor lot. Ciss.

Lapor? Brahim kan hado




Masuk bilik, solat, kemas barang, makan megi lepas itu keluar balik.

New Mandarin Plaza Tower A


Naik MTR dari Mongkok ke Tsim Sha Sui, kami ke sini untuk mencari tiket Disneyland yang murah iaitu 438 HKD. Kalau ikut laman web, harga dia 499 HKD dan dekat Ding Ding Travel pun harga tak dapat semurah ini. Kami ke travel agent HotelinHongKong.net. Kalau beli online dekat laman web dia pun tak semurah ini. So gigihkan diri pergi travel agent untuk dapat harga ini. Masa nak cari Plaza ini, jenuh bertanya, abang polis pun kami tanya. Sampai dekat fountain, kami duduk. Nabila suruh aku tanya mat salleh yang bakal lalu depan kami.

"Excuse me"

Mat salleh itu, pandang tapi macam confuse betul ke ada orang cakap English dengan dia. Kali kedua dia pandang, aku mengiyakan bahawa aku tegur dalam English kepada dia dan terus aku tanya macam mana nak pergi Plaza itu. Slang Britian dia buat otak aku tak berapa nak pick up tapi trylah juga pick up. 

Dah tau direction, carilah kami, jumpa, alahai kecik je lorong nak masuk plaza itu. Lepas itu plaza itu ada dua side, side A dengan B. Side B tak boleh tembus side A ye. Maka, korang kena tengok betul-betul dan cari side A. Lif plaza itu ada penunggu ok. Maksud penunggu aku adalah tukang jaga lif. Sempatlah si Fedit sapa mak cik Hong Kong, tanya khabar. Kata mak cik Hong Kong dia tak sihat, "Wo pu Hou" Actually mak cik itu dingin nak layan ramah tamah kitaorang. 

Inilah signboard tanpa lindungan pokok
Bila nak keluar dari Plaza ini kami jumpa jalan lain. Rupanya, Plaza ini betul-betul depan fountain yang kami duduk dan tanya mat salleh tadi. Dan signboard dia cukup besar. Malangnya, signboard New Mandarin Plaza dia dilitupi pokok-pokok yang subur menghijau. Wadap Wadap. 


Nampak pokok dari signboard. 
Makanya, posinglah sekupang dua depan fountain.





Kemudian, kami meneruskan perjalanan untuk ke The Peak. Mula-mula naik MTR salah turun ke Wan Chai. Naik MTR balik pergi ke Central. Turun Central nak cari bus ke The Peak. Jalan punya jalan sampai The Peak Tram iaitu tempat orang naik tram ke The Peak. Orang yang beratur naik The Peak, peh peh peh ramai amat. Kami nampak bus stop iaitu bus stop yang kami harap ke The Peak. 



Masa naik bas 15C, sedang menikmati pemandangan jalanan Hong Kong. Ternampak babak girlfriend merajuk dan merentap tangan boyfriend. Lalu boyfriend tak mau banyak cakap terus mencicit. Aku, Nabila dan Nadz yang nampak drama ini terus berkicauan dalam bas. Culture shock sekupang. Hong Kong sangat terbuka bab-bab macam ini seperti Korea. Sepanjang trip Hong Kong ini, drama-drama macam ini semua berlaku depan mata kami. Why must in front of us? Chaittt. Aku kena cerita supaya korang bersedia mental tengok drama Hong Kong. 


Bawah payunng to tempat orang menunggu tram. Ramai amat. Berhampiran tempat menunggu Bus Stop 15C

Rupanya berhenti di jeti mana ntah. Kami mencari bus 15 ke The Peak, rupanya kami naik bus 15C yang membawa ke tempat mana ntah. Conclusionnya, kami sesat. Lepak seketika melihat pemandangan Hong Kong di malam hari. Not bad view dari tempat kami di campakan. 

View tempat kami dicampakan :




Lepas dah lepak, jalan punya jalan jumpa Eye of Hong Kong. Kemudian, jumpa Apple. 











Kemudian, baliklah kami ke jalan yang benar. Masa nak cari Nathan Road iaitu di mana Hotel kami berada, jenuh mencari juga. Yela, hari first kan, nak harung orang yang super ramai and Hong Kong is super hot dari Malaysia, 30 darjah celcius uooll. Kami salah exit dari MTR Mongkok. Masa ini aku ingat, Nadz tanya pak cik security.

Excuse me! Pak Cik Security muka gengster sambil memegang puntung rokok yang baru dinyalanya dan merenung muka Nadz dekat gila kot. Face to face nauu ko ngan Pak cik Security tu Nadz!

Nadz cuak dan bergetar hati. Where is Nathan Road? Pak cik Security menunjukkan satu blok ke hadapan cuma perlu memilih ke kanan atau ke kiri. Kami ke kanan, nampak Chow Tai Fook Jewellery. Haaa nak dekat dah hotel kita. Rupanya, tahukah anda Chow Tai Fook berada di mana-mana sahaja, seberang jalan, selang dua tiga baris deretan kedai. Everywhere is Chow Tai Fook. Sangat tidak disyorkan Chow Tai Fook sebagai landmark. Kami patah balik ke kiri. Alhamdulillah di jalan yang Haq. 

Malam itu, lapar! Brahim kan ado! Nasi goreng kampung.

4 September 2015

Saturday 12 September 2015

Pakwe Satu Hari Keluaran China

Hey! Can you pronounce my name?

Barnana (He struggle to pronounce my name alik2 dengar banana)

Not banana la Farhana. (Dia cakap nama Nurhaq payah nak sebut jadi aku kasi nama Farhana bila sebut payah juga bagi dia)

Lepas ajar satu persatu baru cara sebutan Farhana jadi Far A na. 'H' hilang. Much better dari Banana.
Masa tiba di Shenzhen seriously rasa depress sebab dengan bawa backpack 11 kg, tu tak termasuk bag galas kat depan, beg silang untuk kamera, passport dan dompet dan gantungan makanan dekat backpack. Lepas itu tercangak nak cari direction kenalah tanya orang Shenzhen mohon membantu bagi direction. Semua muka ketat tak nak jawab soalan aku. Hati  dah menyumpah-yumpah.

Depress itu bertimpa bila jumpa pakwe keluaran China nama dia Zou. Dia boleh cakap English tapi aku still tak paham bila dia pronounce jenuh pending juga sampai kalau nak cakap kena taip kt HP. Penat juga bercakap rasa nak penendang kung fu and menyesal jumpa.

Aku cakap aku tak makan pork.

Chicken and beef? I eat but need slaughter according to Muslim. Yes I know I know. I know I know tapi tak paham juga pergi tunjuk restoran pork. I tell you restaurant with pork cannot! Ok ok ok I know i know i know.

Last ada restoren seafood China. Orderlah ikan, udang, sayur untuk steamboat dengan kuah ginseng. Menarik! Tapi aku cuak mahal kot. Selambalah aku tanya. You paid for us? Don't worry I paid for you. Lega. Almaklumlah. Stail backpacker tak makan restoren wei makan bawa bekal kalau nak makan restoren pun kongsi ramai-ramai.

But slow-slow depress tu hilang bila Zou be so sweet keesokan harinya di Dapeng Fortress.

Esok pagi dah janji nak jumpa dekat station subway seperti di janjikan  sebab nak kena hantar beg kat Louhu station. Tapi aku tak tau nak simpan bag dekat mana. Tu yang dia cuba bantu untuk simpan bag. Dah research memang ada kedai simpan bag tapi takde direction yang betul. Itu yang Zou nak tolong. Louhu station dekat untuk patah balik ke Hong Kong. Letak beg siap-siap. Esok paginya, dalam 7.30 kata nak jumpa, still dia tak muncul lagi, cakap dekat Nadz kalau 7.50 dia tak de kita cabutlah. 7.50 dia takde juga kami gerak. Masa nak turun escalator itu ternampak dia. Zou! You're late! We waiting for you! Lepas itu dia cakap apa ntah! Aku pun tak paham sebab marah. Kami mulanya nak gerak ke Dapeng pukul 7.30 alik-alik kul 9.15 pagi baru gerak. Bila dah pukul 9 baru gerak cuaklah kami, nak cancel tak nak pergi sebab dia pun dok tercangak cari direction nak guide kami. Tapi dia tetap usaha cari direction untuk mencapai hasrat aku untuk ke Dapeng walaupun aku dah putus asa sebab nak ke sana katanya ambil masa dua jam, lepas itu nak kena patah balik Louhu, nak shopping lagi. Rasa macam tak sempat. Hasil usaha dia sambil ignore keluhan kitaorang. Makanya, naiklah bas kami ke Dapeng. Kami dok tekan cakap kalau sampai pukul 11. Pukul 12 dah kena gerak balik. Muka dia stress. Alhamdulillah rupanya dalam sejam sampai Dapeng.

How Zou be so sweet :

1) Bila aku cakap aku nak datang Shenzhen nak pergi Dapeng yang tak banyak information itu terus Zou cakap nak tolong. Dia suggest untuk aku datang weekend senang dia nak bawa jalan2. Tapi aku tak boleh datang masa time weekend, so aku datang masa weekday. Punya percaya sanggup ambil cuti.

2) Zou punya concern sebab kami bangun awal so dia dah sediakan bekalan roti, mufin dan 3 air mineral.

3) Masa nak simpan bag dia nak tolong angkat kan beg aku. Aku cakap tak payah. Angkat beg Nadz. Dia tak puas hati nak angkat beg aku. Baiklah. Nak tolongkan. Maka bawalah dia beg aku and Nadz.

4) Masa sampai Dapeng nak tangkap gambar. Come! I help you to take picture. (Ini biasa sangat)

5) Bila nak belikan tiket kami tak de duit pecah dia guna duit dia. Bila nak bayar dia cakap tak payah.

6) It's hot? You want Ais krim? Aku cakap tak nak tapi beria dia offer. Baiklah I terima. Aiskrim Magnum satu.

7) Bila nak langkah escalator. Hey you skirt so long be careful. Dia tak puas hati skirt panjang cecah lantai. Maka jawab aku. I want to sweep the floor. So floor will clean. Geleng kepala dia.

8) Zou : Seat here! (sambil tunjuk dekat benteng pantai)
    Aku : No! I don't want. It's hot
  Zou: Hot? (sambil beg galas dia diletak atas benteng sebagai alas untuk aku duduk supaya bila duduk tak panas bontot)

9) Bila nadz tersalah masuk museum yang kena bayar. Dia tolong bayarkan untuk semua.

10) Masa nak tunggu bus, aku memayung tapak tangan di kepala sebab panas. Tiba-tiba dia keluarkan payung. Eh! It's so k. Use it! Ni memang quote bila panas abang payungkan ini. Masa tengah tunggu untuk melintas jalan sebelum masuk kawasan teduh yang 30 meter pun dia payungkan.

11) Bila Nadz leka dengan handphone mesti dia kasi notification suruh Nadz makan. Hey hey you. Eat!

12) Bila tak reti ceduk noodle dengan chop stick die tolong cedukkan.

13) Bila tengok kami macam dahaga dia belanja taufu fa.

14) Bila melintas dia pastikan kami melintas dengan selamat.

15) Zou dok risau takut aku salah naik subway. Dia ingat Malaysia tak de subway. Hoi Malaysia adalah. Dia punya risau itu serius annoying. Aku siap tunjuk peta subway yang print saiz A4 tunjuk dekat dia. Baru dia lega sket in the same time dia kagum macam mana aku boleh jumpa peta subway itu. Hehehe.

16) Lepas balik dari Dapeng singgah tempat shopping dekat Louhu dia tolong jadi translator and advice untuk pilih barang. What do you to buy? I want to buy handbag for my mother. Bila nampak barang cantik-cantik aku dah hilang pedoman beli untuk diri sendiri. So, banyak kali juga dia ingatkan aku suh beli barang untuk mak aku bila aku seperti lost direction bila nampak semua benda nak beli untuk diri sendiri. Hey hey hey! Bila tanya which one is better yellow or peach? Peach. Kemain laju dia pilih. This cloth look elegant and this cloth look cute for you. You don't want to try? You don't want to see?

17) What else you want to buy? Cloth? Let's find cloth shop. Bila nampak kedai baju terus dia suh masuk. Bila masuk aku cakap i don't like that fashion. I want fashion that long hand, long, long that can cover my body. Owh. Ok2. Bila masuk kedai baju terus dia tanya baju yang labuh-labuh dan tangan panjang dekat tauke kedai.

Sekian, only valid at Shenzhen.