Sunday 29 November 2015

[Day 3] Berbaju kurung ke Macau



Pagi ini, aku bangun awal untuk siapkan bekalan makanan Brahim untuk santapan tengahari di Macau dan sarapan pagi di bilik. Dan paling excited nak pakai baju kurung ke Macau. Sedang yang lain bersiap-siap. Fedit tiba-tiba melompat dari katil sambil berkata. 

"Kenapa korang tak kejut aku?"

"Macam mana nak kejut, bilik air satu. Kalau ko bangun pun ko tak boleh mandi lagi sebab Nadz dalam bilik air, so aku kasi ko tidur la dulu." Dari raut wajah Fedit kelihatan dia serba salah sebab lambat bangun. Ke hadapan Fedit, nothing to worry sebab bilik air ada satu je. 

Sementara  menunggu lif, Fedit bersuara tentang bawa baju kurung ke luar negara. Kata Fedit bagus bawa baju kurung disebabkan....

Aku dalam hati, yela bawa baju kurung untuk tunjuk identiti kita dan menunjukkan kita masih tak lupa asal usul kita.

Fedit menyatakan pendapat mak beliau iaitu bawa baju kurung sebab kita tak tahu masa trip ada kematian, at least kita dah prepare. 

Membulat mata aku di sebalik cermin mata yang bulat di pagi hari dan I is speechless dan tak terkata untuk memberi supporting point. Aku ingat aku sorang je rasa macam itu. Nabila pun turut rasa yang sama.





Pagi itu, kami gerak lebih kurang pukul 8. Beria malam itu cakap nak gerak pukul 7, alik-alik kul 8 juga. Sampai dekat jeti terminal dalam pukul 8.45 pagi teruja sebab jeti terminal dia dalam shopping mall kot.

Elok feri kami pukul 9 pagi akan berlepas. Segeralah kami tukar voucher tiket feri yang di beli di travel agent Ding Ding iaitu 300 HKD return.


Dalam feri masing-masing tidur.

Lebih kurang pukul 10 pagi, kami sampai di Macau. Keluar dari imigresen jeti, ambil peta dan naik bas shuttle free The Venetian.


Lapangan terbang antarabangsa Macau


Haa..dengan peta sekali berposing. 


Suasana kasino
The Venetian sangat popular dengan kasino world class gitu! Sempatlah kami berbaju kurung ini masuk ke situ. Siap rakam video lagi. 

Sekali bouncer datang tegur kami. 

"No picture no" Muka ganas bagi amaran sambil tangan menghalang lens kamera tetapi dah terlambat. Kami dah rakam dan tangkap gambar. Kku kku kka kka

Di sini tak boleh rakam video atau ambil gambar. Kalau nak ambil gambar ada kawasan tertentu. 





Kalau naik gondola ini, orang yang kayuh sampan itu akan menyanyi macam opera. Satu mall itu bergema dengan suara dia. 

Gondola



Macau Tower


Sebenarnya, kami agak lost sebab kami nak menuju ke Senado Square memerlukan shuttle bas ke sana dan kawasan sekitarnya tetapi tak jumpa shuttle bas mana yang kena naik. Jalan punya jalan jumpalah kawasan ala-ala Venice ini.

Setelah bertanya orang, untuk ke Senado Square kena ambil shuttle bas dari City of Dream ke kawasan Senado Square, St.Paul, Mount Fortress. 

Laluan ke City of Dream

Kalau nak cari bas di City of Dream. Cari skrin teater ikan duyung separuh bobo ini.
Sampai di Senado Square, posing sekupang dua. Kemudian, kami beli poskad dan singgah pejabat pos. Pejabat pos memang berhampiran dengan Senado Square.





Maka, bertintalah aku pada poskad. Sudah berpuitis di poskad, Fedit beratur nak beli setem. Punyalah lama nak beli setem itu. Tetiba ada pengumpul setem bagitau dekat kami ada poskad and setem free dekat bangunan hadapan pejabat pos berhampiran fountain. Aku dan Nabila pun pergilah ke tempat yang di beritahu.

Rupanya Tourism Macau kasi poskad dan setem free. Mintalah berapa banyak ko nak. Siap sediakan pen color2, cop2 comel gitu. Aku pun hilang pedoman bila kata free tulislah poskad sebanyak yang boleh. Alik-alik lenguh tangan aku menulis. Tamak punya pasal 4 poskad dari Macau aku pos untuk diri sendiri. Dua poskad beli dua poskad free. Yang sampai Malaysia poskad yang beli sendiri dan cepat je sampai Malaysia dalam 9 hari dah sampai. Yang poskad free itu lebih 2 minggu dan sebulan lebih baru sampai. 



Sedang asyik aku bertinta di poskad. Tiba-tiba nama aku di seru memecah kesunyian di dalam bangunan. Rupanya Fedit memangil nama aku dari suara perutnya "Woi Haq!". Oh ya. Aku dan Nabila lupa nak roger Fedit dan Nadz yang berada di pejabat pos sana tentang poskad free itu. Maka, Fedit pun berkata, "Aku tunggu korang, kata nak datang bagitau" Maaf Fedit. Begitulah bila hilang pedoman sedang asyik mengarang bait-bait kata-kata punjangga.

Kemudian, kami bergerak ke St.Paul. Masa tengah bergambar ini kami di sapa minah Korea untuk menangkap gambar diorang. I tangkap gambar U. U tangkap gambar I. Lepas itu, dia ajak bergambar sekali. Alik-alik kami lupa nak tangkap gambar sekali dengan diorang dengan kamera kami. 






Radar aku pun mencari mangsa untuk beramah tamah dengan tema meminta tolong untuk mengambil gambar kami berempat dengan kamera. Ting Ting Ting. Mamat sepet. Fedit pun approach mamat tersebut dan menyatakan hasrat kami untuk bergambar. 

"Where are you from?"

"Japan"

Jepun? Ok semua diam. Ingatkan mamat Korea baru nak tunjuk ayat flirt annyeong haseyo sekali Jepun. Kri krik krik. Terdiam tak tau nak tanya ayat apa pula. Kalau nak ikutkan sebelum Kpop famous, cerita Jepun kan famous amos di Malaysia. Aku ikut kot dulu cerita Jepun. Serius speechless.



Dah penat berposing, kami pun cari port nak berkelah. Sedang menikmati makanan. Tetiba hujan. Kami pun berlari cari tempat berteduh dan terus tembus ke muzium Macau dan Mount Fortress. Dekat Mount Fortress ini, kami pun mencari ruang untuk solat. Nak ambil wuduk boleh ambil dekat tandas Muzium Macau ini lepas itu cari kawasan tersorok hujung-hujung dekat Mount Fortress untuk solat. 



What KIND of human are you?



Grand Lisboa dari Mount Fortress



Di sebalik bangunan yang tergam indah. Ini adalah realiti. Rumah rakyat Macau.
Lebih kurang pukul 5 petang kami bergerak untuk pulang mencari bas City of Dream disebabkan feri kami tiket pukul 7.30 malam. Naik bas, ngam-ngam tempat duduk tinggal 4 orang kami. Aku duduk belakang sekali belah kiri tepi tingkap. Ala-ala cerita Korea naik bas. Tempat duduk belakang itu ada 5 seat. Aku, Nabila dan 3 orang pelajar Macau. Yang sebelah Nabila itu, dia tengok kami dia macam panik tapi duk tengok-tengok kami. Aku pun apa lagi menyapalah.

"Hello"

"Hello" Muka dia terkejut.

Maka, keluarlah ramah tamah aku duk menyibuk tanya itu ini. Kesian budak itu nak jawab. Nabila pun join sekaki merangkap translator aku bila budak itu cakap English aku tak paham loghat Cina English. Cenglish? Dia faham English tapi dia susah nak explain dekat aku dan Nabila. Rupanya, dia pelajar dari China yang belajar di Universiti Macau. Dia beria suh kami tengok bunga api besar-besaran malam itu di Macau Tower. Tiada rezeki kami. Punya baik dia kasi gambar firework dekat WeChat bila aku pulang ke Malaysia. Ukhwah berpanjangan di WeChat, sampai sekarang masih contact dia. 


Tips :

1. Dari Hong Kong korang kena tahu bahawa nak naik feri ada dua jeti iaitu Macau Ferry Terminal dan Taipa Ferry Terminal. Aku turun Taipa Ferry Terminal dekat dengan Macau International Airport. Kalau nak ke Fisherman Wharf, kena turun dari Macau Ferry Terminal sebab lebih dekat.

2. Sampai di jeti Macau. Korang kena decide nak pergi mana? Kalau nak ke The Venetian korang boleh naik shuttle bas terus ke sana.




3. Kalau nak ke kawasan Senado Square, Ruins of St. Paul, Mount Fortress korang boleh ambil shuttle bas Hotel Emperor Palace. Turun bas korang kena jalan lebih kurang 20 minit untuk ke Senado Square.

4. Tapi kalau korang dari Venetian, korang kena ke City of Dream, dari City of Dream ambil bas ke kawasan Senado Square. Bas berhenti tepi jalan menapak 20 minit jugalah.

5. Boleh tengok jadual shuttle bas di http://www.iseemacau.com/



2 comments: