Saturday 14 November 2015

[Day 2] Islam Food Hong Kong

Assalamualaikum



Setelah seharian di Disneyland dan hanya makan beberapa keping sandwich, biskut dan snek. Keluar dari Disneyland kami mencari makanan halal iaitu Islam Food Restaurant, tempat makanan halal selain di Masjid Ammar. Untuk ke sini agak mencabar. Menurut maklumat yang di dapati perlu ke stesen Lok Fu dan berjalan kaki 20 minit. Hampeh! bukan 20 minit lebih dari 20 minit kot! 


1) Keluar dari stesen Lok Fu, exit ke arah Lok Fu Plaza.

2) Keluar dari pintu Lok Fu Plaza yang ke arah Junction Road (sila tengok sighboard jalan) belok kiri dan dah nampak signboard Junction Road bergerak ke jalan sampai jumpa simpang empat Jalan Nga Tsin Wai. 

3) Dari Junction Road ke Nga Tsin Wai memang jauh. Korang jalan je sampai jumpa jalan Nga Tsin Wai. 

4) Dari Nga Tsin Wai korang akan merentas beberapa jalan iaitu Fok Lu Tsun, Lion Rock, Nga Tsin Long, dan terakhir jalan Lung Kong. 

5) Bila sudah jumpa jalan Lung Kong, korang lintas jalan di traffic light ke kanan dan jalan sampai ke hujung. Landmark dia adalah McDonald. Kedai ini berhadapan dengan McDonald. 








Ingat sampai dah boleh ngap! Mohon maaf sila ambil nombor giliran dan bersabar menunggu sehingga di panggil. Kedai ini cukup popular dan orang datang memang sangat ramai. Kedai ini telah beroperasi sejak tahun 1950. Korang boleh cekidut dekat laman web dia. 

Kami berkongsi meja dengan keluarga yang mempunyai dua anak lelaki dan ibu bapanya. Panik pula makan depan diorg macam jumpa keluarga mentua. Kebetulan anak lelaki dia yang sorang itu ala-ala kacaklah juga. So, performlah sikit, mohon jadi menantu. Kekeke. Mak dia dok perhati je kami sambil senyum-senyum. Haaa! Lulus jadi menantu ka? Masa order serius rambang dan noob. Nasiblah aku catat dekat itineri menu yang orang selalu makan kalau datang sini.

Makanya, kami pilih :



1) Veal Goulash 34 HKD - menu wajib dan popular. Lebih kurang macam murtabak daging tapi full dengan daging yang empuk lagi juicy dan lembut. Kami order 2 set.




2) Xio Long Bau or Steamed Beed Dumpling 34 HKD - Dumpling dia pun sedap. Daging dia memang empuklah.



3) Soup noodle 22 HKD - Noodle dia sedap, kuah sup biasa Cina selalu masak dengan sayur. 

4) Beef Brisket with rice (Nasi dengan sup daging) 44 HKD - Daging dia memang aku rasa memang terbaiklah. Memang lembut habislah. 



5) Air teh hijau dia bagi aku memang ummp dan sedap. Kami refill dua kami kot. Ini free. 

Bila dah agak kenyang. Tiba-tiba antara kami mengeluarkan cadangan untuk minum soya panas lepas tengok mamat baju merah meja depan minum. Kami pun panggillah waiter. Jenuh nak explain dekat dia.

"Can we have Soy?"

"Huh?"

"Soya?"

"Huh?"

Alamak nak cakap macam mana ni? Aku pun menunjukkan isyarat minuman yang orang baju merah meja depan kami minum. Kecoh seketika masa itu sebab, ada dua pasangan kekasih makan depan kami mengantikan family yang ada anak laki itu. Diorang punya panik dan tak tenang nak makan bila tengok kami tunjuk-tunjuk meja depan orang baju merah itu 

Kemudian, nasib meja sebelah kiri kami pusing belakang tunjuk air minuman dia iaitu soya dekat waiter. Kecoh tak sampai meja sebelah turut membantu.

Waiter pun datang sambil senyum-senyum pada kami.

"Suuiiiii" Cara sebutan soya dalam Hokkien.

Total makanan kami adalah 180 HKD bahagi 4 orang = 45 HKD. 




Dalam perjalanan nak balik, kami pun menyinggah ke gerai buah sebab geram tengok buah dia. Beli epal, peach (sebab tak penah makan) dan buah lai. 

Lepas dah beli buah, pulanglah kami. Tetiba aku pun menjerit.

"Woi! Air babi! Jangan pijak!"

Menjengket-jengket Fedit dan Nadz. Nabila dah lepas ke depan. Terkejut dan blur2 semua orang. 

"Macam mana ko tau itu air babi?"

"Sebab masa pergi itu aku nampak kedai ini jual babi. Nak tutup kedai dia simbah tempat jual itu sampai air itu turun ke lantai"

Semua pun blur-blur.

"Erm. Sama juga dengan duit. Kita pun tak tau duit yang kita terima itu ada dari sentuhan orang yang berurusan membeli babi"

Ok. Lagi sekali semua orang tambah blur. 



Disebabkan malam masih muda dihujung minggu. Sampai sahaja Mongkok kami berjalan di sekitar Ladies Market. Suasana malam dia sangat hidup.




Tak payah pergi kelab malam nak menari atau berkaroke. Selamba je menari dan bernyanyi di jalanan. 

Malam itu juga ada perarakan demostrasi peniaga di jalan ini. Polis pun ramai. Masuk ini dah dua kali event terkejut di antara polis dan demostrasi yang penah aku lalui, first di Korea iaitu demostrasi besar-besaran selepas peristiwa feri Sewol. Kedua, Hong Kong. 



Ini semua Nadz yang suruh aku tangkap gambar abang polis. Aku menurut perintah. Koh koh koh. 

6th September 2015




No comments:

Post a Comment