Sunday, 15 March 2015

D1 - Hatyai,Thailand - Floating Market, Lee Garden, Pink Lady Market

Trip ini disertai 6 orang gadis. Ahli tetap adalah KakSpecky 4 orang dan 2 orang kawan dan adik KakSpecky.

Ahli KakSpecky - Haq, Nabila, Adah dan Dila

Kawan Haq - Azreen

Adik Nabila - Ika

Untuk ke KLIA2 aku naik teksi sampai ke BTS (Bandar Tasik Selatan). Dari BTS aku ambil KLIA Transit BTS-Putrajaya (RM 4.70)  dan Putrajaya-KLIA2 (RM 4.30). Ini kaedah jimat gigih beli tiket kat kaunter dua kali total RM 9 ( Harga ini boleh dapat kalau korang tunjuk kad siswa 1Malaysia tu, kalau tak de harga normal 2 tiket ini cecah RM 10 lebih juga). Aku naik tren pukul 8.10 pagi dekat BTS, sampai KLIA2 lebih kurang pukul 9 pagi.

Bila aku sampai, Nabila dan adiknya pun sampai, diorang naik bas dari BTS ke KLIA2. Azreen dan Dila pun sampai juga. Ok Adah the penjaga ticket as usual seperti trip ke Korea yang lepas datang lambat sket. Drama beg juga berlaku seperti trip ke Korea tapi tak havoc macam trip Korea sebab dah tahu nak organize barang. Drama beg ini berlaku bagi kami sebab nak jimat bayor luggage lelebih. Kami kan tak kaya hanya backpack. Makanya 25 kg kongsi lah 6 orang. So baju2 aku yg masuk beg backpack pun dikeluarkan masuk untuk hand carry. Paling drama shampoo, lotion, shower gel, pencuci muka dila semua besau gedabak. Yang packing kita beli stok kat rumah tu, dia bawa p sana tak sempat beli yang travel packing katanya. Tu drama beg rare untuk trip kali ini.

Benda paling berdebor dan di nanti-nantikan adalah 1) scan passport bagi warganegara Malaysia, perkara kedua adalah 2) Nasi Lemak Pak Nasser. Dalam flight yang ambil makanan boleh kira je termasuk we allll. Yela, perjalanan 45 minit nak makan apa sangat. tapi kitaorang bijak sebab bila da landing Hatyai tak payah pikir nak cari makan dah, kitaorang terus check in and jalan sampai lebam. Bijak tak? Koh koh koh.


Elok habis makan, crew cabin dah datang nak kutip sampah. Tak lama lepas tu, announcement pakai seatbelt, dah nak landing dah. Eh...kerusi tak empuk lagi dah nak sampai? Alhamdulillah, landing dengan selamat di Hatyai.

Sampai Hatyai, cop imigresen. Pastikan korang cop imigresen Thailand. Kang tak pasal2 masuk list rasuah kat Thailand.



Keluar balai ketibaan, semua macam anak ayam terlepaskan dari reban. Sorang g money changer, sorang g tangkap gambar, sorang amik map, sorang sana sorang sini. Yang syok bila nampak map terus sambar, nampak poskad percuma pun terus sambar. Lepas itu, Adah pun jerit dah2 jom g kaunter kuning untuk amik taxi airport ke Hotel. Kita orang naik 2 kereta sebab 6 orang kan. Alhamdulillah semua berada di jalan yang benar bila dah naik taxi. Harga 600 bath untuk 6 orang.






Sampai Hotel, kami check in, solat and get ready untuk jalan2 kat kota Hatyai. Review Laemthong Hotel.





Destinasi pertama Floating Market


Kami jalan-jalan tangkap gambar sikit, pastu baru tahan tuk2.


Sampailah floating market. Masa sampai kat tempat parking tuk2, tetibe kagum ada kereta proton Saga la!. Waa dalam hati, hebat kereta Malaysia orang Thai guna and beli. Rupa-rupanya, plat Malaysia. Ok, kagum tadi tukar jadi gigih drive bang sampai Thai.



Dekat Floating market ini makanan dia Halal dan tempat dia pun bersih. Floating market buka hujung minggu je. Hari lain korang datang. Nasib padan muka kat koranglah. Bila dah nampak makanan, jadi tak menentu, nak makan ke nak tangkap gambar kagum ke nak ap. Menarik makanan yang wujud dekat sana.



Makanan yang kami beli, makan sampai kenyang kul 12 malam. Konon sampai 12 malam. Hakikatnya nampak makanan selagi itu makan.





Air Kelapa dalam buluh - 20 bath, bila dah habis boleh refill dengan membeli sebiji kelapa 



Tak ingat nama dia apa. Rasa macam som tam tapi versi betik goreng


Mushroom fish soup

Ais krim kelapa. Siap kasi free pasu lagi.


 Megi cara Thai



Yang balut daun pisang tu otak-otak. Tak sedap.




Penjual letak makanan dalam bakul sekali dengan duit.

Sushi comel

Lepas dah kenyang kitaorang pun jalan-jalan depan sket dari Floating Market. Eh, ada kedai2 jual
barang2 untuk souvenir dan macam-macam lagi. Sementara tunggu Adah pegi toilet, kami pun jalan2 konon2 Mak Long melawat kawasan. Dekat area sini kalau beli T-shirt Hatyai tu harga dia Ok dan design baju pun cantik2. Maksud aku selain I Love Hatyai, design ada gambar tuk2, peta dan sebagainya.




Jalan lagi jumpa macam fun fair bajet. Antik kan kereta pusing-pusing tu dia letak macam dekat bawah tu




Lepas dah puas pusing2 dan kami jumpa Adah balik, kami pun jalan nak balik cari tuk2. Sementara nak cari tuk2 tetibalah tersinggah lak dengan gerai jual Key Chain ni. Cantik kan. So pakat2 beli kongsi2 lah kami. Cara jimat memang begitu. Masa dekat sini jugalah si Adah mendapat gelaran pemurah dia menderma 1000 bath kepada anak-anak yatim Hatyai. Di sebabkan hari 1st masih blur2 dengan currency duit bath begitulah jadinya. But better menderma dari kena tipu.



Ok lepas dah settle semua, kami pun nak cari tuk2. Adah jadi tukang bargain untuk harga sebab Adah dah study bahasa Thai. Silalah study dengan mendownload aplikasi bahasa Thai. Bargain2 punya bargain pak cik tuk2 semua eksyen baq hang, depa kasi harga mahai teruk sebab 200 bath untuk 6 orang. Rugi pula masa pergi tak minta pak cik tuk2 tunggu dengan harga pergi balik 50 bath, sehala 30 bath. Namun, kami ragu2 kesanggupan pak cik tu tunggu kami lepas dah bayar kang tu sebab kami tak amik pergi balik dengan pak cik yang sama. Penat bargain muka rela hati naik jugalah tuk2 tu.



Aku rasa dalam 8 naik moto roda empat tu. Siap letak kerusi plastik lagi. Semangat p pasar malam


Lee Garden

Kami naik tuk2 sampai depan Lee Garden. Nak masuk Lee Garden kena check barang2 scan satu badan tahu. Kalah Pavilion and The Garden pun tak dak macam tu walaupun Lee Garden tu macam mall biasa ja.

Depan Lee Garden adalah Central. Disarankan beli pulut mangga tepi Central lebih sedap bukan depan Lee Garden atau Central macam dalam gambar. 


Masuk Lee Garden kami tertarik dengan barang-barang yang dijual macam dekat gambar bawah ni.



Banyak barang2 kraf tangan gitu. Harga pun reasonable (amboi speakang hang Haq).




Tangkap gambar mug ni sebab Adah cakap Haq nampak tak tarikh lahir ko?


Lepas dah puas tawaf Lee Garden kami keluar nak cari makan lagi. Kalau datang Hatyai, harus food hunt uuoooll. Kami pun mencari pulut mangga. Pulut mangga sini ada 50, 60, 70 bath adik mainiss. Kami pilih yang 50 bath. Ermm rasa dia ok la, mangga dia masam sikit tu sebab 50 bath kot. Maka inferencenya adalah semakin mahal mangga, semakin manis mangga itu. Assume aku la. Makanlah kami dekat tangga depan Lee Garden dengan slumbernya. Nampak sangat foreigner. Koh koh koh.


Pulut mangga sebelah Central

Lepas tu cadang kami nak cari night market yang wujud dekat area situ. Sedang2 mencari teringatlah kami bahawa kami perlu mencari kenderaan untuk pergerakan jalan2 esok di Hatyai dan perjalanan nak ke Phuket. Nampak tour agent terus kami masuk, Mee Mee Tour namanya, sekali lagi Adah menjadi jurucakap kami dan bargain berlaku lagi. Lama juga dekat situ, sebab nak explain tempat kami pergi keesokan harinya dan perjalanan ke Phuket. Nasiblah orang tour tu paham Melayu dan boleh speakang. Akhirnya bayarlah kami sorang 720 bath untuk perjalanan esok ( Ice Dome, Centrel Masjid of Songkla, Museum Trick Eye dan Phuket. Harus diketahui anda, kami ke Phuket sebelah malam untuk jimat penginapan. Dan harus diketahui kalian bahawa ke Phuket dengan van harga mahal sedikit berbanding siang. Extra request dari kami, nak drebar young and hensem only.



Lepas dah countim baik dengan Kak Tour tu kami singgah 7E untuk beli sim kad. 7E yang ketiga baru kami jumpa sim kad pilihan hati kami iaitu AIS traveller. Beli la dringking water dekat 7E harga dia 7 bath. Confius aku ada ke 7 bath bila nak bayar dekat kaunter. Biar betul, murah air drinking water depa ni. Kat Malaysia pun RM1. Maklumlah hari first, mata berpinor nak beza duit.

Jalan punya jalan terjumpa Pink Lady Market

Kiri kanan jual barang ada t-shirt, seluar baju. Jalan hujung sekali Pink Lady Hotel. Signboard dia aku muskil ada gambar perempuan. Depan pintu bersusun abang sado gempal yang garang mukanya. Tak berani nak tengok lama2. Pusing la balik.



Sebelum balik Hotel, singgah kedai makan Muslim sebab sorang ahli kami rasa lapar. Alik2 semua ahli melahap. Kedai Muslim signboard kuning tidak suggest untuk anda makan sebab makanan dia mahal dan masin belaka. Aku order roti canai kosong 20 bath, sama dengan RM 2. Gila mahal. Kalau kat Malaysia dapat 2 keping. (Nilah dilemma travel, compare everywhere) Sementara menunggu makanan sampai, aku pun masukkan sim kad Thai aku, buat dekat Dila pun settle buat dekat Azreen rasa nak hempuk simkad dia beli simkad cap apa ntah. Not recommended.

Lepas dah melantak semua balik Hotel. Aktiviti di hotel on your own. 

No comments:

Post a Comment