Friday 3 April 2015

D3- Phuket Town - Post Office Phuket, Phuket Market, Thalang Road, Rang Hill Phuket Viewpoint, Expo Market, Robinson, Queen Sirikit Park

Kami Check in bilik pukul 7.30 pagi. Kami masuk bilik, cas apa yang patut terus lena. Pukul 9 bangun, mandi-mandi, siap-siap sebab 9.30 nak gerak jalan-jalan sekitar kawasan.

Ni sekitar kawasan dalam Hostel yang kami duduk Eden Backpacker. Tuan Hostel pun duduk dalam sini. Masa aku tanya pekerja dia tentang nak sewa motor. Pekerja panggilkan Tuan Hostel. Tuan Hostel kemban pakai tuala, shampu dekat kepala lagi turun bagitau harga sewa motor macam mana. Nasiblah perempuan dengan perempuan. Kalau tak lari aku naik Hostel trauma.



Dinding colour merah itulah rumah Tuan Hostel.





Monyet ini pun kau main-main dengan dia. Dia pun nak main dengan ko. Kalau ko cari pasal memang bercekaulah dengan monyet tu. Mon! Ur hair so stylo! (Mon=Monkey)


Hostel kami dekat dengan Terminal bus No.1. Untuk sewa motor kami menapak sikit dalam 10 minit area 7E.  Kami sewa skuter. 250 bath untuk 1 hari. Siapa yang merempit, passport dia kena pegang dengan tuan sewa. And of cos! Yang jarang-jarang bawa motor kena bawa motor. Yang mahir merempit pun Adah sorang saja. Dila lama tak bawa katanya fobia accident. Ika pula, last bawa motor lepas lulus JPJ. Tapi, alhamdulillah skill motor diorang up dekat Thailand. Aku harusnya jadi penumpang fobia motor juga. Penah tragedi langgaq kedai makan. Koh koh koh. Tuan sewa cakap kena isi minyak full tank. Kami yang nerd ni pergi cari shell dan isi minyak full tank. Alik-alik pusing satu town dari pagi sampai malam pun tak abis tiga takuk. Di nasihatkan jangan isi full tank. 


Dah dapat skuter apa lagi merempit kami ke destinasi yang pertama iaitu Post Office Phuket untuk hantar poskad pada diri sendiri. Gigih ambil nombor dan tunggu. Rupa-rupanya tak payah ambil nombor pergi kaunter bahagian pos minta nak beli setem 15 bath. 



Ke hadapan diri sendiri, Tahniah antara telah berada di Phuket, Thailand. (nukilan poskad aku)


Actually sebelah Post Office ini ada Musuem post office tapi kami tak masuk pun.


Merempit sekitar Phuket Town.


 Thalang Road ini bangunan dia macam Melaka. Serius sama. Penuh dengan Baba and Nyoya.



Kami singgah Tourist Information dekat Thalang Road. Amik Map, refill air, tumpang toilet and sembang2 cari info. Dekat sinilah, kami tahu yang Thalang Road ada Baba Nyoya. 



Agak-agak nak guna tak hand wash cap Babi Mild? Koh Koh Koh


Lepas rehat dekat Information Tourist. Kami jalan nak cari kedai makan halal terjumpa Soi Romanee.


 Posing sekupang dekat Soi Romanee ni. Contol teruk ni hang Haq!



Ni gaya Adah tangkap gambar. "Korang nampak daun-daun sikit. Baru art" Baik Adah!


Bila tangkap gambar dekat Soi Romanee ini, semua  tangkap gambar macam syarat je. Sebab semua dah lapar gaban. Dekat Jalan Thalang ni ada kedai makan Halal, Aroon Restoran dengan Abdul Restoran (tak salah aku).


Makan nasi putih, gulai ikan, telur mata cair, ulam-ulam (free tak minta diorang kasi), teh ais.


 Tu lauk Adah. Sotong masak apa ntah.


Ulam sebakul. Timun kontot dia sedap dan comel buat aku sayang nak makan. Sebab lapar comel itu aku ketepikan.



Awesome tak teh tarik ais dia. Bila tengah makan nampak teh tarik awosome ini sampai. Terus semua tangkap gambar. Typical Malaysia, tangkap gambar dulu baru sambung makan.


Lepas dah kenyang, kami balik hostel balik nak solat lepas tu kami keluar balik untuk pergi Rang Hill Phuket Viewpoint untuk kejor sunset. Dalam perjalanan nak sampai Rang Hill ini akan ternampak patung Buddha besar colour putih. Kami lalu je tak singgah pun.


Style tak helmet? Comel macam Crayon Pop tak?



Sekitar Rang Hill Phuket Viewpoint. Ada restoren yang cantik gila iaitu Khaorang Breeze. Aku hanya mampu lihat jelah makannya idok leee. Dekat sini banyak gila monyet. Bukan monyet tapi Head Boy, dulu-dulu dok asrama ketua monyet di panggil Head Boy yang badan dia besar, muka garang, bontot merah itu. So, dilarang sama sekali kasi makanan dekat monyet-monyet. Bukan aku cakap. Notice signboard tulis. Aku bacakan untuk korang.




Trademark ini tak boleh tingal.

Nabila punya trademark. Setelah secara tak sengaja mengaru kepala. Aku cakap ok trademark itu ok.


 Dari viewpoint ini nampaklah view whole Phuket Town. Hajat hati menunggu Sunset. Tapi tak muncul-muncul keluar.


Inilah signboard cakap jangan kasi monyet makanan.


Dah senja, kami pun merempit untuk bersiar-siar lagi. Kami mencari Expo Market. Tapi terlepas simpang. Terus punya terus sementara nak jumpa simpang. Sampai dekat traffic light. Antara kami duk bincang simpang mana nak masuk. Bila lampu hijau Dila terus press pergi belah kiri. Adah, Haq, Nabila dan Ika pergi straight. Kami pun, "woi, woi" "what happen Dila terlepas sana" Kami berhenti tepi jalan text Dila. Kami pun patah balik cari Dila dan Azreen. Nasib diorang tunggu tepi jalan. Kami pun meneruskan perjalanan sampai jumpa kawasan tsunami area. Bila tengok map, jalan dah tak lukis dalam map dah. Kami pun berhenti tanya berhenti tanya sampai jumpa. 

Sampai Expo kami masuk, banyak jual baju-baju, kasut, seluar, tempat makan. Masuk Expo ini pun sebab nak masuk toilet. Sementara nak tunggu diorang-diorang membuat business. Aku dan Adah nampak penimbang berat. Kami pun timbanglah. Membuntang mata tengok angka kilo. Biar betul baru 3 hari dekat sana dah naik 4 kg. Peh peh peh. Can't be! Tak puas hati. Try timbang yang lagi satu. Dem!

Lepas mata dah bersiar-siar di Expo. Kami pun nak cari Robinson sebab Nabila dan Dila nak tukar duit. Ada money changer sebelah luar Robinson dekat dengan McD. dah banyak sangat menapak sebab skuter parking dekat Expo. Perut pun dah konfius lapar ke penat. Maka, nampaklah pancake ini. Pancake ini masuk wish list untuk di rasa bila ke Thailand. Phuket pancake. Dia ada letak telur, susu, coklat dan main utama pisang. Not bad rasa dia. Kami pun order juga teh tarik 4 gelas. Jenuh aku cakap "Ice little" "Ais kurang" siap suh tukang teh tarik itu ceduk ais. Lepas itu buang ais sedikit demi sedikit. Bila ais dah kurang, agak kurang sedap. Pergi minta ais 2 gelas. Pastu, 4 gelas teh tarik kurang ais itu dapat 10 gelas teh tarik berais. Bijak bukan?




Abang teh tarik. Dok ulang kurang? kurang? sabau jelah.


Ni kedainya teh tarik dan pancake pisang itu. Ada jual sosej. Sosej dia pun sedap juga. Tapau bawa balik makan kat dorm.


Lepas dah agak kenyang, kami pun bergerak nak pulang. Namun, sebelum ke jalan yang benar harus tersesat. Masa nak balik ini, Ika dan Nabila lead the way. Dah lah sesat boleh diorang bawa laju. Adah dah menjerit-jerit dari belakang. Korang bayangkan Adah bagi command masa bawa motor 
"Woi berhenti-henti" "Woi nak pergi mana?!" Jawab aku "Ika dah gila stereng dah ni" Serius laju bebenor Ika bawa motor. Rupanya Ika mendapat arahan dari kakaknya Nabila untuk "Straight! Straight je". Kaedah straight itu menjadi sehingga terjumpa naga emas ini. "Stop-stop! Amik gamabar!" Gigih dah sesat masih berkemampuan tinggi untuk tangkap gambar. Pulak itu, dengan helmet-helmet tak buka. Masa bergambar sini juga dapat idea buat video jumping Crayon Pop. Boleh tengok dekat video ini. Minit 2.19.









Dah puas bergambar. Adah panggil "Jom Jom" sebab Adah dah tanya orang untuk balik ke Dorm macam mana. Akhirnya kami berjaya sampai ke jalan yang benar. Tengok meter minyak tak luak sangat pun. Suara-suara kami menyatakan Jom lah jalan-jalan lagi nak habiskan minyak. Kita naik dorm dulu nanti keluar balik. Bila ko dah kat Dorm, nampak katil. Alamatnya tak jadilah keluar. Berehat sambil kira hutang dan bajet untuk perjalanan seterusnya.

Day 3 - Anda di page Day 3

4 comments:

  1. nie aku malas baca travelog ni...perasaan nak berjalan tu datang lagii
    ais kurang tu legend...3minit setengah dok explain "kurang" je

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..tunggu september..perasaan itu menjadi kenyataan..ko kira masa ke 3 minit sengah? hahaha..

      Delete
    2. Lebih kurang la 3min setengah..haha.
      Soalan-kenapa kalo ada gmbar makanan, ade je muka aku excited mcm xpenah jumpa makanan sebagai background??

      Delete
    3. sebab ko sesuai untuk mukbang..eating broadcast..haha

      Delete