Sunday, 19 April 2015

D5 - Krabi - Aonang, Emerald Pool, Island Hopping

Awal pagi bangun untuk solat subuh agak mengejutkan minah salleh, membulat mata dia tengok telekung putih. Mandi, siap-siap dan kemas barang. Aku dan Azreen pun keluar meninjau kawasan menghirup udara pagi pekan Krabi ini. Menghirup udara sahaja harus tak mengenyangkan. Berhentilah kami di kedai makan yang ramai orang Malaysia. Bus 2 tingkat uool parking depan kedai itu. kalau dah ramai orang. Haruslah sedap andaian aku. Makanan berlauk, roti canai, kuih-muih semua ada dalam kedai itu. Cuma tekak aku pagi itu tak nak makan berat-berat. Maka aku dengan Azreen order air dan beli goreng pisang 20 bath (10 keping ke 20 keping..ahh tak ingat). Goreng pisang ini tapau bawa balik untuk kawan-kawan yang masih blur2 bangun dari tidur.



Breakfast pisang goreng dan buah-buahan

Kami menunggu Abang Min datang dengan van bapa dia. Katanya pukul 9 nak ambil kami lepas tu hantar beg kami ke Hostel lagi satu then baru gerak ke Emeral Pool. 

Tengah menunggu Abang Min keluarlah mat salleh ini. Hensem la sekupang tapi dah ada awek. Baru nak kenyit mata, so cancel. Tengah kami berborak, tetiba mat salleh itu buat tiupan bunyi menggunakan kertas. Kemudian, menoleh ke arah kami sambil sengih, " Sorry". Bebudak lain semua blur. Aku pun jawab "It's so k". 

Masa ini aku mengeluarkan teori Henry (Super Junior M) bila mengorat perempuan. 1) Kau nampak awek cantik, kau pergi ke arah awek itu sambil cakap kat henpon kuat-kuat dan speakang English. Pura-pura tak nampak konon. Lepas dah letak henpon, kau pun buat-buat terkejut sambil tercakap dengan awek kau target itu. 'I'm so loud right? Sorry'. Kalau awek itu cakap 'It's so k' dah ada point untuk berborak sampai ajak p minum dekat cafe. 2) Bawa anjing dekat taman tasik, taman permainan. Harus tak praktikal untuk orang Islam so bawalah kucing. Awek-awek yang suka kucing mesti akan tegur kucing 'Comelnya kucing' (Ni kalau ada awek yang mengurlah). Ni teori Henry ye. Aku just cakapkan je. Conclusion teori Henry bagi aku, nampak sangat playboy. Koh koh koh.

Dila pun call Abang Min sebab dah nak pukul 9 tak sampai lagi. Tak lama lepas kena bebelan Dila. Abang Min pun sampai dengan kereta dia. Dialog yang terkesan.

Dila : Abang Min, nanti bang Min ikut kita orang ae.
Abang Min yang tengah cari no fon nak call bapa dia : Mesti ikut. Semua segak-segak ini.

Tudia gatai dia tak sorok dah. Kami pun perasan yang Abang Min hensem sesen dengan pakai seluar jean and t-shirt.

Dari tunggu bapa Abang Min yang tak tau pukul berapa sampai. Kami pun cadang kepada Abang Min suh hantar kita orang dekat Hostel I Krabi. Abang Min dah blur2 sebab ingat nak naik kereta dia 6 orang.

Dila : Abang Min hantar 3 dulu lepas tu datang ambil lagi 3. 
Abang Min : Haaa..3 3 la naa..Nanti naik semua patah kereta Abang Min.

Abang Min pun angkat beg aku. Masa nak masukkan beg dalam bonet kereta dia. Dia tanya,

Abang Min : Adik, duk sampai bila?
Aku : Esok dah nak balik dah Abang Min
Abang Min : Duk sini lah Dik.
Aku : Duk sini? Duit dah takde la Abang Min
Abang Min : Tak pa. Duk ja sini. Yang lain di tanggung.

Agak lambat juga pickup aku nak tangkap pickline dia. Suh duk Krabi suh jadi bini dia rupanya. Nangis mak aku kang. Koh koh koh. 

Sampai dekat Hostel I Krabi setelah di hantar oleh Abang Min. Aku pun check in bilik tapi tak boleh masuk bilik lagi sebab awal lagi, jadi kami drop bag dekat kaunter. Aku, Nabila dan Ika pun tinjaulah kawasan sambil tangkap gambar teruja tengok kawasan Hostel itu sebab baru dan cantik dan ada tempat breakfast macam Hotel tau. Sedang asyik meninjau kawasan, ada pasangan suami isteri tengah breakfast. Si isteri tegur aku dari mana? Aku cakaplah dari Malaysia. Dia pun pelawa aku dan kawan-kawan ambil minuman. Rupanya aku bercakap dengan owner tempat Hostel itu. Aku pun buat muka kesian sambil cakap, "Can we eat breakfast today? Because tomorrow we leave early" Tanpa panjang lebar aku menerang terus dia cakap " Yes! Yes! Sure" Owh terharu sungguh aku dengan owner Hostel itu. Berkali-kali aku cakap thank you. Sambil tunggu abang Min ambil Adah, Dila dan Azreen. Apalagi, mencekiklah breakfast yang lazat pagi itu.








Dalam banyak-banyak tilam, tilam kat I Krabi paling empuk. Koh koh koh
Bila Adah, Dila dan Azreen sampai. Elok bapa abang Min pun sampai dekat Hostel I Krabi nak ambil kita orang ke Emerald Pool. Sementara tunggu Adah, Dila dan Azreen makan kami pun minta nak tangkap gambar dengan owner Hostel lepas itu dia siap minta tolong promote Hostel halal food. Aku pun cakap 'Don't worry. We will' Serius duk dekat sini berbaloi-baloi. Kitaorang duk dorm. 1 dorm 6 bed. 1 bed RM47 include free halal breakfast tau. Ok done! Promote.

Bukan bapa Abang Min je yang datang, mak abang Min pun hado. Ni nak tunjuk menantu ke apa? Dila hati dah bunga-bunga, siap perform baik depan mak n bapa mentua. Koh koh koh. 

Dalam sejam perjalanan sampailah kami di Emerald pool. Nak masuk Emerald kena bayar 200 bath.











Lepas ke Emerald Pool kami pergi Island Hopping. Untuk Island Hopping kami buat 2 Island je, Poda Island dengan Chicken Island (snorkeling).








2 Island ini pun dapat sebab abang Min tolong adjust untuk kitaorang pergi petang. Sebab selalunya kalau Island Hopping ikut agent tour awal pagi dan minimum pun 4 island. Cuma kami tak puas hati dengan bayaran di kenakan. Malam masa deal, abang Min cakap lain. Bila nak bayar dekat kawan dia, dia cakap lain. Kitaorang mengungkit juga lah. Apa bang Min dah lah van kena bayar 1800 bath/6 orang dapat pergi emerald pool je yang sempat. Patut less lah sebab kenkangan masa dan bapa dia datang ambil lambat. Lepas itu, island hopping pun 2 island je kena bayar 2000bath/6 orang. Abang Min muka dah cuak, serba salah, "Dik kena faham abang, sana bapa, kawan, sini adik. bang Min kat tengah-tengah" Dia cuba menerangkan yang dia tersepit tengah-tengah. Kami pun dah malas nak cakap apa-apa. Kami pun meninggalkan abang Min terpinga-pinga. 

Kami mula ingat nak balik jalan kaki, tapi abang Min ajak naik kereta dia, dia nak hantar. So, aku, Adah dengan Azreen naik kereta dia. Masuk kereta dia semua diam membisu. Abang Min duk tengok kat cermin dengan mimik muka serba salah teramat. Tetiba dia bersuara ' Marah kaa?' Kami diam. 'Bebal ka?'. Kami diam lagi. 'Cakaplah sikit' Ni kelakar. Kami pun senyum.' Senyum pun jadilah' Adah pun jawab 'Penat'. Serius masa ini dah tak de mood. Harapan yang mengunung kami pada abang Min untuk tolong kami masa di Krabi terasa di khianati. Cancel jadi bini dia. Tapi part dia pujuk suruh cakap sikit itu aku suka. Koh koh koh. Dah sampai Hostel pun abang Min still minta maaf dekat kita orang. 

Malam itu, aktiviti kami hanya bersiar-siar shopping menghabiskan baht yang ada dan makan. Hostel aku dengan Aonang itu 10 minit je sampai. Makan malam itu pun hanya kedai tepi jalan yang sedap makanan dia. Ramai pula orang order makan dan tempat duduk pun agak limit Masakan panas, air juice, pankek Yaminlah, udang-udang, pulut mangga semua ada. Lepas makan, aku dengan Azreen shoping barang. Nabila, Dila dan Ika shopping dan pergi mengurut. 

Adah dah balik Hostel dulu. Aku orang kedua balik hostel sensorang lepas dah berpecah dengan semua orang. Prepare untuk esoknya nak balik KL

Day 5- Anda di page Day 5


2 comments:

  1. damm...aku tak tau dialog abang min dengan kau..drama krabi rupanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha..mmg drama sangat..forbidden love at krabi..hahaha

      Delete