Awal pagi kami bangun untuk bergerak ke Phi Phi Island dengan feri dan kemudian bergerak ke Krabi. Pagi-pagi bangun tau sebab tak nak something happen. But it's happen when skuter Adah tak boleh hidup. Sebab sebelum bertolak ke Phi Phi kami kena pulangkan skuter. Boleh pula skuter tak hidup. Dila dan Ika angkut pasangan masing-masing hantar diorang ke travel agent yang akan bawa kitorang ke Rasada Pier. Dila dan Ika hantar skuter dan explain dekat Tuan Sewa Skuter itu. Dia boleh cakap semalam ok hari kenapa tak boleh ok pula. Adah dan aku dah cuak dan telah mencuba beberapa kali untuk hidupkan skuter tu. Pekerja owner Hostel kami dan maybe suami Tuan Hostel datang dekat kami nak tolong. Dila datang dekat kita orang cakap Tuan Sewa Skuter suh hantar juga dekat sana. Nak hantar macam mana kalau skuter tak hidup. Kalau aku ini Incredible Hulk bolehlah aku angkat skuter macam anak patung ke sana. Suruh dia datang tengok dia tak mau. Pagi-pagi dah drama bertekak.
Akhirnya kami minta tolong suami Tuan Hostel call kan Tuan Sewa Skuter suruh dia datang sini tengokkan motor. Aku dan Dila pergi hantar beg dekat tour agent jalan kaki. Nasiblah tour agent kitaorang dekat dengan Hostel kami. Dalam perjalanan nak pergi hantar, Tuan Sewa Skuter bertembung dengan kitaorang. Boleh pula dia jalan kaki tengokkan skuter tu. Sekali dia datang terus , preng kan stater terus skuter dah boleh hidup. Alhamdulillah!
Jangan ambil tour agent nama seperti di atas. Dah la mahal 7500 bath (Van ke feri, tiket Feri, Van dari jeti Krabi ke Hostel). Kami kena tipu bila sampai jeti Krabi, dia suruh call untuk bagitau dia nanti dia suruh orang ambil kami dekat jeti Krabi ke Hostel di Krabi. Malangnya, itu hanya penipuan semata-mata. Nak ikutkan boleh dapat 7000 bath sebab sebelum jumpa tour agent ini, aku dan Nabila ada jumpa Tour agent dekat kawasan roundbout Phuket Town. Service dia dapat van ambil dari Hostel ke jeti dan tiket jeti.
Ingat muka mak cik ini. Jangan ambil dekat dia! Dila siap peluk mak cik ini minta diskaun lagi. Pelukan mesra Dila di balas dengan penipuan. What a fraud face!
Jam hampir pukul 8. Sepatutnya kami kena ada dekat tour agent tu sebelum pukul 8 dan pukul 8 tayar dah bergolek sebab feri ke Phi Phi pukul 8.30 pagi. Lepas dah selamat hantar skuter berlari-lari Adah dan Dila untuk naik van ke Rasada Pier. Tayar van bergolek pukul 8.10. Sampai dekat jeti semua kelam kabut cari kaunter untuk tukar tiket feri yang original. Nanti dia kasi tiket dari Phi Phi ke Krabi dan stiker Phi Phi lekat kat baju.

Penat kami kelam kabut naik feri rupa-rupanya dalam pukul 9.30 pagi, feri baru gerak. Aku, Dila, Nabila, Azreen duduk bahagian atas feri. Lama-lama panaslah pula, aku dahlah sawo matang, berjemur atas tu lagi la bersawo-sawo kang. Kami pun turun pergi bahagian depan feri menikmati pemandangan.
Air kelapa dalam botol kaca tu. Sedap! Tapi semua makanan dalam feri tu semua double harga dia.
Gambar sepanjang perjalanan ke Phi Phi Island
Selepas dua jam dalam feri dalam pukul 11.30 sampailah kami di Phi Phi Island. Untuk masuk ke Phi Phi Island kena bayar 20 bath.
Di sebabkan kami bawa backpack. Makanya kami drop bag dekat tour agent dekat dengan laluan ke Feri. Harga simpan barang dalam 50 bath.
View pantai dari Phi Phi Island.
Jakun tengok udang macam ini itu yang aku tangkap gambar. Koh koh koh.
Masa kami datang nak dekat Zohor, makanya kami solat dulu. Untuk ke Masjid ini straight je dari first pintu masuk. Dekat Masjid ini ada air refill. Nak jimat refill kat sini sebab air mineral dekat Phi Phi mahal dari biasa.
Perut lapar, makanya kami mencari kedai makan Muslim. Disebabkan kami hanya berjalan-jalan sekitar tepi laut iaitu main road ada la kami jumpa kedai Muslim 2 tiga. Ni kami singgah kedai Indian Food tengok pekerja dia macam mamak kat Malaysia. Sekali boleh cakap Melayulah. Rupanya pekerja itu penah datang kerja dekat Malaysia. Muka mamak aku suspect dari India rupa-rupanya dari Myamar. Sambil order dan tunggu makanan dok borak-boraklah dengan dia. Siap cerita tentang Malaysia yang berdialog "buah hati sudah patah hati saya". Patah hati? Tak boleh blah penggunaan perkataan dia. Kami gelak je tapi muka dia serius siap suruh kami tanya "You tak nak tau ka? Tanyalah kenapa?" Dengan dengkinya kami jawab "Tak nak tau tak nakkk" Kami tak nak tau cerita dia pun dia cerita juga. Rupanya dia kena tangkap masuk penjara sebab permit dia dah habis ejen dia tak renew permit dia dan dia kena tipu. Itu yang dia marah benor dengan Malaysia. Ai bukan salah kita orang, nasib dia cakap "Tapi saya tada marah sama u orang lah" Memanglah bukan kami yang bersalah.
Dok sembang-sembang makanan tak sampai lagi. Kami pun bising dekat dia cepat sikit kami nak p Viewpoint lak. Sebab masa tu dah nak pukul 2 petang. Nak naik feri ke Krabi pula kul 3.30. memang rushlah sebab nak menapak ke Viewpoint pun jenuh juga.
Boleh lagi mamat Myammar tu tanya "Tudung hitam sudah kahwin ka?" Yang pakai tudung hitang ada dua aku dengan Nabila. Masa dia serve makanan kat aku boleh lagi dia miang "Sayangku" Peh boleh tahan flirting mamat Myammar ini. Kang aku patah hati dia kang.
Lepas dah habi makan, speed up lah kami ke Viewpoit sebab katanya ke sana perlu 7,8 minit bak kata mat Myammar tapi tanya orang kedai yang lain cakap dalam 30 minit. Jalan 15 minit tak jumpa-jumpa lagi. Azreen dah give up. Aku, Nabila dan Ika speed lagi. Nampak tangga, ok nak sampai ini. Boleh tahan menegak tangga dia. Dalam hati alang-alang dah sampai kena juga sampai atas. Siap potong couple mat and minat salleh lagi. Naik lagi tangga tak sampai lagi. Adoi macam nak give up dah. Berhenti jap kat tepi umah orang. Mat and minah salleh yang kami potong tadi dah potong kita orang. Masa ini rasa dah tak sempat ini, nak give up ke patah balik. Jadinya, aku pun dari bawah jerit tanya mat and minah salleh " Is that the last stair?" " I don't know but maybe" sambil jawab termengah-mengah. Sebab diorang pun tak nampak last stair tu kat mana. Tekad juga, aku dan Ika pun naik tangga sampai atas. Nabila dah give up dah. Tengok jam dah nak dekat pukul 3. Sebab masa kami speed up pun dah pukul 2.35. Nak turun lagi. Alhamdullilah sampai juga.
Masuk area viewpoint kena bayar tak ingat berapa sebab kelam kabut keluarkan duit, bayar lepas tu terus melawat kawasan. Kat area viewpoint ini dah kasi amaran 'No alcohol, muslim area'. Kami sempat ke viewpoint 1 sebab jam dah menunjukan pukul 2.55 masa itu.
Pemandangan dari viewpoint 1 Phi phi Island
Dah tangkap gambar mana yang patut. Berlari turun tangga aku dengan Nabila sebab dah pukul 3.10 minit. So untuk yang datang ke Phi Phi Island selama 2 jam di nasihatkan korang rancang betul-betul kalau nak ke Viewpoint. Cadangannya, 1) Drop beg, 2) Pergi viewpoint 3) Makan atau solat 4) Solat atau makan. Tak digalakkan shopping barang macam baju, key chain dan fridge magnet sebab harga dia lebih mahal dari biasa. Yela sebab pulau kan. Tapi kalau berkenan sangat beli lah. Duit ko kan.
Sampai dekat jeti hampir-hampir 3.30. Tunjuk tiket, dia bagi sticker ke Krabi. Masuk feri orang dah ramai gila. Tempat duduk pun dah penuh dengan foreigner. 1 row tempat duduk boleh muat 4 orang. Aku dan kawan-kawan lain searching tempat duduk masing-masing. Aku dapat scan pasangan Jepun ini conquer 1 row tempat duduk itu. Pakwe dia nampak kami tengah mencari tempat duduk. Dia boleh buat-buat tak nampak, buat muka tak bersalah lak. Aku dengan tak segannya suruh dia duduk ke sana sikit aku and Ika nak duduk. Maap la spoiler korang punya mood. Koh koh koh. Dalam feri ini kebanyakan orang tidur je termasuklah kitaorang. Dah nak dekat sampai Adah ajak duduk atas dek feri. Adah dah nak atas feri nak tengok view. Aku baru nak tangga separuh, pastu aku turun balik. Jap kepala aku tengah shock tengok mat and minah salleh dok baring berjemur atas dek macam udang bakar. Aku pun turun balik. Orang feri itu nampak aku turun dia panggil balik suh naik sambil tunjuk Adah. Aku dengan malu-malunya naik kat atas dek itu sambil tundukan pandangan. Acecece..
Dalam 2 jam lepas itu sampailah kami di Krabi. Dila pun call lah auntie yang menjanjikan van untuk hantarkan kami dari jeti ke Hostel. Telefon banyak kali, sampai balik Malaysia pun tak angkat. Masa ini pun ada babak drama.
Kami keluar dari jeti itu tengok minah and mat salleh dah beratur nak naik bas. Kami call auntie fraud itu tak angkat makanya, kami kena buat plan B dengan mencari kenderaan lain untuk ke hostel kami. Adah pun menjadi tukang bargain untuk transpot. Ada la dua tiga abang Thai tengah menawarkan perkhidmatan kereta mereka. Adah dan Dila cuba tawar menawar tapi abang Thai itu tak bagi juga nak 400 bath sebab katanya jauh dan banyak traffic light. Tetiba aku nampak ada satu abang Thai ini cakap Melayu, dia tengah kasi offer dekat 1 family dari Malaysia yang tak dapat naik bas. Abang itu dapat nak bantu sebab dia bawa kereta bukan van. Sempatlah Dila ambil no fon abang itu. Maka, pasrahlah kami naik van 400 bath yang tak sampai 15 minit dan tak banyak traffic light pun. Dia bawa itu tahap kura-kura gila. Dah sampai depan Hostel tapi seberang jalan. Demandlah kami suruh hantar betul-betul depan Aonang Hostel.
Aku dan Dila settlekan check in Hostel sambil tanya pakej Island Hopping dan nak g emerald pool macam mana. Yang lain semua dah tak larat tersadai kat sofa baring. Nasib tak lelap je diorang ini. Kami minta di letakkan 1 dorm sebab aku dah usha 1 bilik ini ada 6 katil masa dekat booking.com. Alik-alik tengok dia pisahkan kami. 3 orang untuk 2 bilik. Adah dah tak puas hatilah kenapa di asingkan. Adah sound orang hostel kenapa asingkan kami. Orang hostel itu cakap 'They booking yesterday, so they got first' Jawab Adah 'We already booking 2 month' Diam terus orang hostel itu.
Dalam dorm aku dah ada 3 orang minah salleh. So, aku, Dila dan Nabila duk dalam 1 dorm dengan diorang ini. Adah, Azreen and Ika dorm sebelah. Dorm aku ada toilet kat dalam, tapi dorm sbelah toilet kongsi dekat luar. Dorm aku agak sesak dan space agak limit. So, lepaklah kami di dorm sebelah. Dorm sebelah itu ada minah salleh dari Australia. Nama dia Melly, dia siap tegur lagi. Dia punya cerita tu macam mak Jemah versi minah salleh je. Di ceritanya dia suka travel dan sometime dia tak suka orang Australia bersosial, dia menulis travelog, then dia cerita rambut dia yang pendek sebab panas dan to look young katanya (Kami pun puji dia comel suit with your face). Melly tanya nama kami dan cuba untuk mengingat sebab katanya nama orang Asia agak panjang dan susah. Untuk dia mengingat so dia tukarkan nama kita orang kepada Nabila = Narnia, Dila= Adela. Aku tanya Melly ' You want to know my long name or short? 'The long name first' 'Oh, so long, what your short name' 'Haq' Melly agak blur nak kasi nama apa untuk dia ingat. So aku cakap 'Hulk' 'Oh, ya Hulk'. Time ika, aku menyampuk, ' Don't call Africa ok?' 'Melly gelak, 'Ika=Pikachu'
Lepas dah borak-borak di bilik sebelah. Aku masuk dorm aku lak. Nampak pula minah salleh tengah adjust patch bendera nak ditampal dekat beg dia. Masa inilah aku tegur sebab tadi awal-awal nak tegur tak ada bahan nak di tegur.
'Wow, so many country that you go'
Dia sengih ' Ya, this is the next destination Hong Kong'
'Really? That good! I'm from Malaysia, you from?'
'I'm from German'
'You like to travel? How many that you in Thailand'
' Already 3 week'
'You take long holiday?'
'Yes, 5 month and half''
Pehh teruja dengar, no wonderlah banyak patch dia bendera dia itu.
'Are you married?' aku tanya dia
'No. How about you? Malaysia man not good?'
'No also. That why we need to travel. Malaysia man just ok'
Nabila berkata 'We need to travel to find the good man because good man had been taken'
Dia sambung ' Yeah. Taken or gay'
Teori Nabila menyatakan bahawa bukan Malaysia sahaja, teori seantero dunia menyatakan 'take or gay'
Aku solat dorm sebelah. Lepas dah solat aku masuk dorm aku balik. Minah Jerman itu tegur telekung aku bila aku nak buka. 'This is more easy' sebab dia tengok Ika tengah melilit tudung nampak complicated. Aku pun explain ' This we use when we pray and we need to cover our body excluded my face' Dia angguk-angguk faham.
Malam itu, kami siap-siap nak cari makanan sebab lapar teruk dah ni. Dila pula call Abang Min iaitu abang Thai yang kami jumpa kat jeti yang ada kereta itu. Call nak meng adjust harga untuk jalan-jalan kita orang esok. Yang aku ingat Dila cakap,
'Abang Min nanti sekalilah dengan kita orang senang sikit nak communicate?'
'Apa cate?'
'Communicate'
'Apa cate?'
'Komunikasi. Interaksi'
'Owh..'
P/s; Dila ko cakap macam dengan orang Malaysia kan. Ko lupa ye dia dari Thai. Teruja speak Malay in Thai la tuuuu.
Malam itu kami kelaur jalan-jalan nak cari makan jumpalah kedai Rohanee iaitu kedai first skali kami nampak. maka singgahlah kami makan. Rupanya tukang masak dia pernah bekerja jadi tukang masak dekat Malaysia juga. Kami amik set makan untuk 6 orang. Seperti gambar di bawah. Ikan je tak sempat nak tangkap gambar sebab datang lambat and lapor gaban.

Lepas dah makan. Berjalan-jalanlah kami melihat night life pekan Krabi itu. Berderet restoren makanan Halal.
Pankek pak cik ini katanya femes amous dan wajib try. Tapi bagi aku dan kawan-kawan. Tak sedap seperti di war-warkan. Pisang dia kelat kot. The best pancake in Krabi adalah pankek Yaminlah. Ini berdasarkan percubaan pankek 3 kali di tempat yang berbeza.
Dah puas pusing. kami pun patah balik. Masa nak balik itu singgahlah beli souvenir beg dan t-shirt. Nak balik itu hujan renyailah pula. Dah nak sampai Hostel kami. Lalu depan Hostel yang ada pub orang tengah clubbing party bagai itu, tetiba ada motor jatuh tergelincir. Terkejut kami sebab depan mata kot. Nasib tak de pape. Tahu sebab apa motor itu jatuh? Sebab lalu kawasan setan. Krik krik krik.
Day 4 - Anda di page Day 4
feellss wei tengok gambar pantai bagai nie...
ReplyDeletedila dengan abang min lawak sungguh time "apa cate??"
phi phi mmg awesome pantai dia..serius lawak abg min terkesan di otak..hehe
Delete