Sunday 17 May 2015

Gunung Nuang! Trek dari Janda Baik

"Haq, mak sedara I ada buat program bawa budak2 pergi Gunung Nuang"

"Owh. Ok." Serius takde perasan bila di tanya. Mungkin otak aku tengah berhubung dengan kerja2 opis yang mengejar due date.

Keesokan harinya.

"U pergi ke Gunung Nuang tu?" "Ntah" "Jom la" "Ok"

"Eh, ada kena bayar pape tak? guide ke ap?" "Takde bayar parking je" Fuh selamat sebab belum gaji. 

Tak excited, tak beria, tak prepare..senang cakap takde perasaan asal tak kena bayar memahal. 

Aku pun stay bermalam di rumah Azreen dekat Janda Baik. Bangun pagi pukul 5.50 pagi, mandi, siap2 pastu pergi siapkan makanan nak bawa pergi gunung. Serius masa ni aku tak take serius yang gunung tu macam mana, aku ingat macam jalan dekat shoping complex. Maka bawa roti canai, sambal bilis mak Azreen, karipap and 2 air mineral (ni pun kalau boleh aku nak bawa sebotol kecil je air mineral) berat kot.

Memanjat Gunung Nuang ni aku join dengan budak2 sekolah darjah 6. Ada mak dan ayah yang ikut. Cikgu2 dan anak2 mereka. Lebih kurang 33 orang juga.




Jalan dalam 20 minit baru jumpa gerbang Jabatan Perhutanan Pahang.



Berjalanlah nampak kebun2 buah markisa, kacang botol, pondok2 yang banyak dengan anjing (anjing dia baik tengok kitaorang tak menyalak macam kucing je tengok)






Dalam sejam lebih sampailah kami di air terjun. Masa kena buat keputusan samada nak panjat gunung or nak stay air terjun. Ada bebudak excited nak terjun sungai. Ada semangat nak panjat gunung. 



"Haq, u nak naik atas?" "Aah, naiklah" serius masa ni tak de perasaan. Kan aku cakap aku anggap macam jalan shopping mall. Time kat sini, karipap sebekas pun dah habis. Bukan makan sorang2, Kongsi makan berjemaah. Kang nampak sangat pelahap aku ni. Belum panjat dah kebulur.

Panjat punya panjat. Tak sampai sejam lagi tapi trek dia dah menegak. Tetiba, 2 3 orang withdraw dari mission ini. So, yang lain dengan cekal dan tabahnya memanjat. Panjat berenti rehat panjat berenti rehat, ulang sampai puncak.











Leka memanjat, lama-lama tinggal aku sorang. Bebudak dah ke depan. Geng2 mak2 ada belakang aku. Jalan dah sesama macam mana ntah aku boleh ke depan. So, dalam situasi ini, aku ada tengah-tengah antara diorang. Panjat punya panjat jumpa stranger. Perkataan aku dekat diorang " Lambat lagi ke nak sampai?"

Ada satu apek ini, masa aku nak naik lepas air terjun jumpa dia, geng mak2 tanya dia, Boss lama lagi ke nak sampai. U kalau macam ini dalam 3 jam sampai. Boss u naik dari sini ke? Bukan, saya dari langat, Nanti saya patah balik ini jalan. Apek ini, aku tak sampai puncak lagi dia dah potong aku balik untuk ke Langat. Machine kan badan dia tu.

Geng mak2 dah buat kira2, lagi 3 jam nak sampai ini. Nak patah balik ke nak teruskan.Masa ini, aku masih dengan geng mak2.

Bila dah terpisah, aku jumpa stranger, aku suh diorang jalan dulu sebab aku tau aku lembab macam kura-kura. 

Ada yang stranger yang ramah siap sembang2 lagi, #1stranger baju oren, "lagi berapa lama nak sampai" "dalam 30 minit" "Takpe slow2 jalan, jangan injured sudah" Lama-lama aku dah tak boleh ikut step dia. Jalan lagi sorang2.

Jumpa stranger #2baju biru, #3baju kuning dan #4baju merah lagi sekali aku suh diorang jalan dulu, Stranger biru menyapa, "Ada air lagi tak?" "Ada" jawab aku padahal sebotol dah habis dah. Tinggal lagi sebotol. 

Aku pun ikotlah diorang, sebab diorang jalan slow and steady sampailah dekat batang pokok tumbang. "Berentilah dekat sini, minum air" aku dengan baiknya ikut arahan dia. Mulalah aku borak-borak denga stranger.

Lepas dah rehat, kami pun meneruskan perjalanan sambil panjat sambil sembang banyak isu yang dikupaskan, tetiba ada stranger #5kelabu kuning belakang aku. Aku ingat dia sama segeng dengan stranger #2 and #3. Rupa-rupanya bukan bila stranger #2 tangkap gambar kitaorang "Eh, ada brader dekat belakang" "Syoklah Haq bonzer ramai ini" Koh koh koh. Aku tak minta pun tau. 

Jalan2 jumpa stranger yang bawa speaker pasang lagu yang sentimental dalam hutan. Owh semart gila idea dia. Radio bergerak. Tapi stranger ini, kitaorang bagi jalan dulu sebab laju semacam je diorang. 

Lama-lama terasa step diorang laju. Ok bukan diorang laju, aku yang lembab sebab trek dah menegak, makanya aku suh diorang jalan dulu.

Tengah feeling2 jalan, jumpa pulak stranger #5bajumerah. Ini pun bukan main lama juga aku sembang. Sampai aku lembab berjalan pun dia ikut je, aku suh jalan depan dia cakap tak pa. Gila! Tak scary ke tengok aku tertongek-tongek. Aku suruh juga dia jalan depan, lepas tu aku pun keseorangan lagi. 

Jumpa stranger yang lain, aku dah tak larat nak menegur, aku bagi laluan je. Tengah nak melangkah batang pokok, lepas kaki kanan, tetiba kaki kiri kejang. Tolonglah jangan tak boleh jalan, aku dah dekat tengah2 dah ni.

Tengah panjat punya panjat, dah nak sampai jugalah, tapi makin nak sampai makin menegak trek dia. Aku pusing belakang, tetiba ada orang dekat belakang aku stranger #6bajumerah, terkejut aku, aku rasa dia pun perasaan muka terkejut aku tengok dia. Sebab aku urut dada terkejut punya pasal. Yela aku saja2 usha belakang, tetiba ada orang sebab aku tak dengar pun bunyi orang menapak. Mau tak terkejut aku. 

Pastu aku terus memanjat, lama2 makin berat pula kaki. Aku suh mamat stranger #6bajumerah ni jalan dulu. Dia cakap takpelah, dia suh jalan dulu. Ok aku panjat lagi, lama2 dia dekat dengan aku, aku suh dia jalan dulu. Tak kira! aku nak dia jalan dulu sebab aksi panjat aku memang ekstream punya tongek. Nasib dia akur untuk jalan ke depan. 

Ok dah nak dekat sampai, trek dia kena panjat batu and ada tali. Masa time ni aku confuse #6bajumerah ini tunggu aku ke dia tengah mencari semangat untuk panjat batu. Pape pun aku kena pastikan mamat tu lepas dulu and dia panjat dulu. 

Akhirnya, aku nak sampai ini, sebab aku nampak bebudak sekolah tu dah melepak dekat lereng gunung tu. Bila nak sampai last step. Farah hulur tangan. Aku grab. Last step ni, lutut aku sampai dulu. Gaya lutut tu merangkak namanya.





Ada pula stranger mamat2 yang nampak aku sampai berkata2, "peh merangkak dia!" "Wah pakai converse sampai" "Mission unlocked, tahniah" boleh lak bagi explaination, "kalau dalam game, Mission kalau lepas unlocked, 3 bintang" tak semena-mena aku menjawab "alaa..3 bintang je" mamat tu terkedu sambil menjawab "ok, 5 bintang" "ok" Lepas itu, aku sembang dengan Farah. Tanya diorang sampai pukul berapa. Diorang sampai pukul 11.30. Aku sampai 12.13 tengah hari. Farah ajak tangkap gambar, port cantik depan mamat stranger yang ckp unloacked2 ni. Aku tak kira aku nak gambar juga! Lantaklah diorang tengok aku posing macam mana pun. Janji aku tangkap gambar. Mungkin lama aku tangkap gambar situ, mamat tu bersuara "tangkap gambar kat atas, cantik!" "Owh ye, Ok" Padahal kat atas biasa ja. Port mamat itu juga yang cantik.


"Farah ada makanan tak?" "Ada, jom makan dekat atas" Makanan kat atas tu bila makan Ya Allah nikmatnya. Spageti, Apollo. Siap request dekat abang (adik Azreen) "Abang, Azreen ada pas roti canai tak?" Abang pun bagilah bekalan tu dekat kitaorang. Masa ni tahap pelahap aku tahap gorilla. Siap kecoh kat diorang, sape ada makanan tu bawa keluar. Mamat stranger sebelah tempat yang aku makan tengok je. Maybe kagum minah ni pelahap. Koh koh koh. Lepas dah makan. Aku pun tangkap gambar kat area2 situ. Jumpalah stranger2 yang aku dok borak masa naik trek. "Sampai dah Haq" Aku sengih2 jela. 



Bukti sampai tahu.




Geng mak2 pun sampai. Mamat stranger hulur tuna, stranger #1bajuoren hulur sandwich kasi. Memula malu, tapi mahu. Ehem, makan juga. 

Dalam pukul 1.05 petang beransur turun kami, aku antara yang last. Masa nak turun ini, mamat stranger unlocked2 dok kat belakang pula. Ni aku stress ni. Sebab aku lembab, diorang mengikut, tu yang tak besh. Tetiba nak turun, kaki aku kejang, nasib ada budak sekolah belakang aku tolakkan kaki. Geng mak2 tanya"siapa tu?" Jawab aku "kawan kak long" Mamat stranger " Apa ini kawan Kak Long" See..tu yang aku tak nak siapa2 belakang aku. Pastu budak sekolah mana dok bebel2 dekat aku "Janganlah laju2" "Tak laju2lah ni, habis hati2 ni" Pastu aku suh diorang jalan dulu.

Lama2 kebelakang aku, Akmal sepupu Azreen yang dok follow aku. Sian dia kena follow aku. Lama2 geng2 unlocked stranger yang bawa speaker tu dah kat belakang aku, aku suh diorang jalan dulu. Boleh pula dia perli aku ' Kwn kak Long kan? Baik2 Ok' Nasiblah dekat hutan kalau tak dah hijau aku.

Dah nak sampai air terjun, hujan dah start rintik-rintik. Air bergelora. Aku pun dah panik. Sebab aku pakai converse, tapak pun licin. Akmal follow penuh kesabaran. Aku orang last sampai air terjun. Uhuk2. Masa dekat air terjun. Hujan dah lebat gila2. Rehat kejap. Untung budak2 sekolah tu dapat mandi air terjun. Aku ni sampai diorang dah nak gerak dah. Lagi sekali aku orang last. Redha jelah. Trek nak balik air terjun ada menaik treknya, aku dah ketinggalan jauh dah. Redhalah kena tinggal dalam hujan ini. Tetiba, adik (adik Azreen) panggil, "Haq!" "Ye". Adik dan Akmal follow aku. Kali ini dah bertongkat aku, jalan pun dah tak betul, langkah tu berat sangat macam pakai pemberat. Jatuh terduduk pun redha jela. 

Elok nak sampai, stranger yang kasi tuna potong, dan stranger2 lain memotong. Potonglah korang asal bukan duk belakang aku. Cess dah potong boleh senyum2 lak. Tahulah aku dah mak nenek pakai tongkat. 

Alhamdulillah sampai dengan selamat. Naik 4 jam, turun dalam 3 jam sengah.




Ada kertas kura2. Rupanya memang kura2 betul bila naik dan turun.

Panjatlah macam kur-kura..lambat tapi tetap sampai..

Bila memilih sesuatu..walapun susah dan tidak tahu kemampuan diri..buat sampai habis..tiada istilah menyesal.

Tips

1. Kalau boleh cari stamina. Joging seminggu 2 untuk ringankan kaki korang. Aku ni dah la malas nak exercise. Tau2 terus daki gunung. Pagi tu tak warm up pun. Hambik kau. Seminggu mengepit je jalan. 

2. Bawa bekalan air secukupnya. Aku saran 3-4 botol air mineral botol kecil.

3. Bekalan makanan pun bawalah secukup perut korang. Nasi lemak ke?

4. Find the right shoes. Comfortable untuk kaki. For me as long as you confident with your steps. Just go.



2 comments:

  1. hebat mu panjang gunung..tang cram tu yang aku ngeri tu..alangkan sejuk malam2 pun aku boleh cram..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ngeri juga cram tu..kalau sensorang cram lagi sadis...huaaa..

      Delete