Monday 27 April 2015

Trip weekend - IOI City Mall, Bukit Tinggi, Janda Baik

Trip kali ini disertai oleh 3 orang ahli tetap Kak Specky

Ahli Kak Specky - Haq, Adah, Nabila

Di sebabkan lama tidak berjumpa dan trip bersama Adah yang lepas ini tak ketahuan akan bersama-sama untuk trip akan datang. Aku abadikan trip ini khas untuk ko dan Nabila. (Sila terharu, takung air mata sebaldi please). 




IOI City Mall

Cadangnya nak buat one day trip dekat IOI City Mall. Tetapi ada kenkangan masa, maka kami meluncur ais sahaja selepas habis kerja.

Ice Scape - RM 25 (stokin dan sarung tangan sila bawa sendiri)

Bila weekday orang tak ramai. Rasa tempat skate kau yang punya. 

Bukit Ampang

Lepas main skate sampai nak tutup kedai. Kami bergerak ke Bukit Ampang untuk tengok the view of Kuala Lumpur. Kedai-kedai makan dekat sana telah diruntuhkan maka tak boleh lepak melantak dekat sana. 


Nora Lodge, Bukit Tinggi

Keesokan harinya kami bergerak ke Nora Lodge. Cadangnya nak tidur dekat Colmar Tropicale. Disebabkan kenkangan bajet dan kami sentiasa memilih benda murah. Kami pilih untuk tidur di Nora Lodge, Bukit Tinggi. Jalan ke Nora Lodge ni memang tepi gaung. Jalan berbatu-batu, berlopak dan curam. Agak panik juga bila kereta cuba mendaki jalan yang curam tapi tak boleh dan kereta mengundur ke belakang. Bagi kereta kecil dan auto sila bawa gear L dan press minyak banyak sikit. 

Di Nora Lodge ini, kami drop beg dulu. Lepas itu baru gerak ke Colmar Tropicale, Berjaya Hill, Bukit Tinggi.

Bilik 1 katil kelamin dan 1 bujang termasuk breakfast (kipas, toilet diluar) - RM130/3 orang

Colmar Tropicale, Berjaya Hill, Bukit Tinggi

Untuk masuk ke Colmar Tropicale, Bukit Tinggi ini - RM 13 (dah naik harga selepas GST)

Disebabkan kami datang awal dalam pukul 9 sampai sana. Orang tak ramai, maka kamilah raja dekat sana. Nak tangkap gambar pun seronok.

Lepas dah puas pusing Colmar, kami naik shuttle free ke Japanese Village. Kemudian, patah balik ke Colmar untuk tengok free show. Free show pukul 12, 3.30, 5 dan 7. Kami pergi pukul 3.30. 

Kami pergi ke Taman Haiwan tapi tak masuk pun sebab aku bukan penggemar haiwan. Koh koh koh. 

Jadi kami pun balik ke Nora Lodge. 

Sungai Benus, Janda Baik.

Masuk kali ini sudah dua kali aku ke sungai ini. Harapan menggunung nak naik tubing tapi orang yang sewa tubing itu tak buka. Maka main air di tepian sungai. Celup-celup kaki. Dekat sini jugalah Adah mengalami memory to remember. Dekat sini juga ada ATV (boleh tengok dekat sini)

Untuk membaca catatan perjalanan yang lebih mendalam di sini.


No comments:

Post a Comment