Sunday, 17 May 2015

Gunung Nuang! Trek dari Janda Baik

"Haq, mak sedara I ada buat program bawa budak2 pergi Gunung Nuang"

"Owh. Ok." Serius takde perasan bila di tanya. Mungkin otak aku tengah berhubung dengan kerja2 opis yang mengejar due date.

Keesokan harinya.

"U pergi ke Gunung Nuang tu?" "Ntah" "Jom la" "Ok"

"Eh, ada kena bayar pape tak? guide ke ap?" "Takde bayar parking je" Fuh selamat sebab belum gaji. 

Tak excited, tak beria, tak prepare..senang cakap takde perasaan asal tak kena bayar memahal. 

Aku pun stay bermalam di rumah Azreen dekat Janda Baik. Bangun pagi pukul 5.50 pagi, mandi, siap2 pastu pergi siapkan makanan nak bawa pergi gunung. Serius masa ni aku tak take serius yang gunung tu macam mana, aku ingat macam jalan dekat shoping complex. Maka bawa roti canai, sambal bilis mak Azreen, karipap and 2 air mineral (ni pun kalau boleh aku nak bawa sebotol kecil je air mineral) berat kot.

Memanjat Gunung Nuang ni aku join dengan budak2 sekolah darjah 6. Ada mak dan ayah yang ikut. Cikgu2 dan anak2 mereka. Lebih kurang 33 orang juga.




Jalan dalam 20 minit baru jumpa gerbang Jabatan Perhutanan Pahang.



Berjalanlah nampak kebun2 buah markisa, kacang botol, pondok2 yang banyak dengan anjing (anjing dia baik tengok kitaorang tak menyalak macam kucing je tengok)






Dalam sejam lebih sampailah kami di air terjun. Masa kena buat keputusan samada nak panjat gunung or nak stay air terjun. Ada bebudak excited nak terjun sungai. Ada semangat nak panjat gunung. 



"Haq, u nak naik atas?" "Aah, naiklah" serius masa ni tak de perasaan. Kan aku cakap aku anggap macam jalan shopping mall. Time kat sini, karipap sebekas pun dah habis. Bukan makan sorang2, Kongsi makan berjemaah. Kang nampak sangat pelahap aku ni. Belum panjat dah kebulur.

Panjat punya panjat. Tak sampai sejam lagi tapi trek dia dah menegak. Tetiba, 2 3 orang withdraw dari mission ini. So, yang lain dengan cekal dan tabahnya memanjat. Panjat berenti rehat panjat berenti rehat, ulang sampai puncak.











Leka memanjat, lama-lama tinggal aku sorang. Bebudak dah ke depan. Geng2 mak2 ada belakang aku. Jalan dah sesama macam mana ntah aku boleh ke depan. So, dalam situasi ini, aku ada tengah-tengah antara diorang. Panjat punya panjat jumpa stranger. Perkataan aku dekat diorang " Lambat lagi ke nak sampai?"

Ada satu apek ini, masa aku nak naik lepas air terjun jumpa dia, geng mak2 tanya dia, Boss lama lagi ke nak sampai. U kalau macam ini dalam 3 jam sampai. Boss u naik dari sini ke? Bukan, saya dari langat, Nanti saya patah balik ini jalan. Apek ini, aku tak sampai puncak lagi dia dah potong aku balik untuk ke Langat. Machine kan badan dia tu.

Geng mak2 dah buat kira2, lagi 3 jam nak sampai ini. Nak patah balik ke nak teruskan.Masa ini, aku masih dengan geng mak2.

Bila dah terpisah, aku jumpa stranger, aku suh diorang jalan dulu sebab aku tau aku lembab macam kura-kura. 

Ada yang stranger yang ramah siap sembang2 lagi, #1stranger baju oren, "lagi berapa lama nak sampai" "dalam 30 minit" "Takpe slow2 jalan, jangan injured sudah" Lama-lama aku dah tak boleh ikut step dia. Jalan lagi sorang2.

Jumpa stranger #2baju biru, #3baju kuning dan #4baju merah lagi sekali aku suh diorang jalan dulu, Stranger biru menyapa, "Ada air lagi tak?" "Ada" jawab aku padahal sebotol dah habis dah. Tinggal lagi sebotol. 

Aku pun ikotlah diorang, sebab diorang jalan slow and steady sampailah dekat batang pokok tumbang. "Berentilah dekat sini, minum air" aku dengan baiknya ikut arahan dia. Mulalah aku borak-borak denga stranger.

Lepas dah rehat, kami pun meneruskan perjalanan sambil panjat sambil sembang banyak isu yang dikupaskan, tetiba ada stranger #5kelabu kuning belakang aku. Aku ingat dia sama segeng dengan stranger #2 and #3. Rupa-rupanya bukan bila stranger #2 tangkap gambar kitaorang "Eh, ada brader dekat belakang" "Syoklah Haq bonzer ramai ini" Koh koh koh. Aku tak minta pun tau. 

Jalan2 jumpa stranger yang bawa speaker pasang lagu yang sentimental dalam hutan. Owh semart gila idea dia. Radio bergerak. Tapi stranger ini, kitaorang bagi jalan dulu sebab laju semacam je diorang. 

Lama-lama terasa step diorang laju. Ok bukan diorang laju, aku yang lembab sebab trek dah menegak, makanya aku suh diorang jalan dulu.

Tengah feeling2 jalan, jumpa pulak stranger #5bajumerah. Ini pun bukan main lama juga aku sembang. Sampai aku lembab berjalan pun dia ikut je, aku suh jalan depan dia cakap tak pa. Gila! Tak scary ke tengok aku tertongek-tongek. Aku suruh juga dia jalan depan, lepas tu aku pun keseorangan lagi. 

Jumpa stranger yang lain, aku dah tak larat nak menegur, aku bagi laluan je. Tengah nak melangkah batang pokok, lepas kaki kanan, tetiba kaki kiri kejang. Tolonglah jangan tak boleh jalan, aku dah dekat tengah2 dah ni.

Tengah panjat punya panjat, dah nak sampai jugalah, tapi makin nak sampai makin menegak trek dia. Aku pusing belakang, tetiba ada orang dekat belakang aku stranger #6bajumerah, terkejut aku, aku rasa dia pun perasaan muka terkejut aku tengok dia. Sebab aku urut dada terkejut punya pasal. Yela aku saja2 usha belakang, tetiba ada orang sebab aku tak dengar pun bunyi orang menapak. Mau tak terkejut aku. 

Pastu aku terus memanjat, lama2 makin berat pula kaki. Aku suh mamat stranger #6bajumerah ni jalan dulu. Dia cakap takpelah, dia suh jalan dulu. Ok aku panjat lagi, lama2 dia dekat dengan aku, aku suh dia jalan dulu. Tak kira! aku nak dia jalan dulu sebab aksi panjat aku memang ekstream punya tongek. Nasib dia akur untuk jalan ke depan. 

Ok dah nak dekat sampai, trek dia kena panjat batu and ada tali. Masa time ni aku confuse #6bajumerah ini tunggu aku ke dia tengah mencari semangat untuk panjat batu. Pape pun aku kena pastikan mamat tu lepas dulu and dia panjat dulu. 

Akhirnya, aku nak sampai ini, sebab aku nampak bebudak sekolah tu dah melepak dekat lereng gunung tu. Bila nak sampai last step. Farah hulur tangan. Aku grab. Last step ni, lutut aku sampai dulu. Gaya lutut tu merangkak namanya.





Ada pula stranger mamat2 yang nampak aku sampai berkata2, "peh merangkak dia!" "Wah pakai converse sampai" "Mission unlocked, tahniah" boleh lak bagi explaination, "kalau dalam game, Mission kalau lepas unlocked, 3 bintang" tak semena-mena aku menjawab "alaa..3 bintang je" mamat tu terkedu sambil menjawab "ok, 5 bintang" "ok" Lepas itu, aku sembang dengan Farah. Tanya diorang sampai pukul berapa. Diorang sampai pukul 11.30. Aku sampai 12.13 tengah hari. Farah ajak tangkap gambar, port cantik depan mamat stranger yang ckp unloacked2 ni. Aku tak kira aku nak gambar juga! Lantaklah diorang tengok aku posing macam mana pun. Janji aku tangkap gambar. Mungkin lama aku tangkap gambar situ, mamat tu bersuara "tangkap gambar kat atas, cantik!" "Owh ye, Ok" Padahal kat atas biasa ja. Port mamat itu juga yang cantik.


"Farah ada makanan tak?" "Ada, jom makan dekat atas" Makanan kat atas tu bila makan Ya Allah nikmatnya. Spageti, Apollo. Siap request dekat abang (adik Azreen) "Abang, Azreen ada pas roti canai tak?" Abang pun bagilah bekalan tu dekat kitaorang. Masa ni tahap pelahap aku tahap gorilla. Siap kecoh kat diorang, sape ada makanan tu bawa keluar. Mamat stranger sebelah tempat yang aku makan tengok je. Maybe kagum minah ni pelahap. Koh koh koh. Lepas dah makan. Aku pun tangkap gambar kat area2 situ. Jumpalah stranger2 yang aku dok borak masa naik trek. "Sampai dah Haq" Aku sengih2 jela. 



Bukti sampai tahu.




Geng mak2 pun sampai. Mamat stranger hulur tuna, stranger #1bajuoren hulur sandwich kasi. Memula malu, tapi mahu. Ehem, makan juga. 

Dalam pukul 1.05 petang beransur turun kami, aku antara yang last. Masa nak turun ini, mamat stranger unlocked2 dok kat belakang pula. Ni aku stress ni. Sebab aku lembab, diorang mengikut, tu yang tak besh. Tetiba nak turun, kaki aku kejang, nasib ada budak sekolah belakang aku tolakkan kaki. Geng mak2 tanya"siapa tu?" Jawab aku "kawan kak long" Mamat stranger " Apa ini kawan Kak Long" See..tu yang aku tak nak siapa2 belakang aku. Pastu budak sekolah mana dok bebel2 dekat aku "Janganlah laju2" "Tak laju2lah ni, habis hati2 ni" Pastu aku suh diorang jalan dulu.

Lama2 kebelakang aku, Akmal sepupu Azreen yang dok follow aku. Sian dia kena follow aku. Lama2 geng2 unlocked stranger yang bawa speaker tu dah kat belakang aku, aku suh diorang jalan dulu. Boleh pula dia perli aku ' Kwn kak Long kan? Baik2 Ok' Nasiblah dekat hutan kalau tak dah hijau aku.

Dah nak sampai air terjun, hujan dah start rintik-rintik. Air bergelora. Aku pun dah panik. Sebab aku pakai converse, tapak pun licin. Akmal follow penuh kesabaran. Aku orang last sampai air terjun. Uhuk2. Masa dekat air terjun. Hujan dah lebat gila2. Rehat kejap. Untung budak2 sekolah tu dapat mandi air terjun. Aku ni sampai diorang dah nak gerak dah. Lagi sekali aku orang last. Redha jelah. Trek nak balik air terjun ada menaik treknya, aku dah ketinggalan jauh dah. Redhalah kena tinggal dalam hujan ini. Tetiba, adik (adik Azreen) panggil, "Haq!" "Ye". Adik dan Akmal follow aku. Kali ini dah bertongkat aku, jalan pun dah tak betul, langkah tu berat sangat macam pakai pemberat. Jatuh terduduk pun redha jela. 

Elok nak sampai, stranger yang kasi tuna potong, dan stranger2 lain memotong. Potonglah korang asal bukan duk belakang aku. Cess dah potong boleh senyum2 lak. Tahulah aku dah mak nenek pakai tongkat. 

Alhamdulillah sampai dengan selamat. Naik 4 jam, turun dalam 3 jam sengah.




Ada kertas kura2. Rupanya memang kura2 betul bila naik dan turun.

Panjatlah macam kur-kura..lambat tapi tetap sampai..

Bila memilih sesuatu..walapun susah dan tidak tahu kemampuan diri..buat sampai habis..tiada istilah menyesal.

Tips

1. Kalau boleh cari stamina. Joging seminggu 2 untuk ringankan kaki korang. Aku ni dah la malas nak exercise. Tau2 terus daki gunung. Pagi tu tak warm up pun. Hambik kau. Seminggu mengepit je jalan. 

2. Bawa bekalan air secukupnya. Aku saran 3-4 botol air mineral botol kecil.

3. Bekalan makanan pun bawalah secukup perut korang. Nasi lemak ke?

4. Find the right shoes. Comfortable untuk kaki. For me as long as you confident with your steps. Just go.



Monday, 27 April 2015

Trip weekend - IOI City Mall, Bukit Tinggi, Janda Baik

Trip kali ini disertai oleh 3 orang ahli tetap Kak Specky

Ahli Kak Specky - Haq, Adah, Nabila

Di sebabkan lama tidak berjumpa dan trip bersama Adah yang lepas ini tak ketahuan akan bersama-sama untuk trip akan datang. Aku abadikan trip ini khas untuk ko dan Nabila. (Sila terharu, takung air mata sebaldi please). 




IOI City Mall

Cadangnya nak buat one day trip dekat IOI City Mall. Tetapi ada kenkangan masa, maka kami meluncur ais sahaja selepas habis kerja.

Ice Scape - RM 25 (stokin dan sarung tangan sila bawa sendiri)

Bila weekday orang tak ramai. Rasa tempat skate kau yang punya. 

Bukit Ampang

Lepas main skate sampai nak tutup kedai. Kami bergerak ke Bukit Ampang untuk tengok the view of Kuala Lumpur. Kedai-kedai makan dekat sana telah diruntuhkan maka tak boleh lepak melantak dekat sana. 


Nora Lodge, Bukit Tinggi

Keesokan harinya kami bergerak ke Nora Lodge. Cadangnya nak tidur dekat Colmar Tropicale. Disebabkan kenkangan bajet dan kami sentiasa memilih benda murah. Kami pilih untuk tidur di Nora Lodge, Bukit Tinggi. Jalan ke Nora Lodge ni memang tepi gaung. Jalan berbatu-batu, berlopak dan curam. Agak panik juga bila kereta cuba mendaki jalan yang curam tapi tak boleh dan kereta mengundur ke belakang. Bagi kereta kecil dan auto sila bawa gear L dan press minyak banyak sikit. 

Di Nora Lodge ini, kami drop beg dulu. Lepas itu baru gerak ke Colmar Tropicale, Berjaya Hill, Bukit Tinggi.

Bilik 1 katil kelamin dan 1 bujang termasuk breakfast (kipas, toilet diluar) - RM130/3 orang

Colmar Tropicale, Berjaya Hill, Bukit Tinggi

Untuk masuk ke Colmar Tropicale, Bukit Tinggi ini - RM 13 (dah naik harga selepas GST)

Disebabkan kami datang awal dalam pukul 9 sampai sana. Orang tak ramai, maka kamilah raja dekat sana. Nak tangkap gambar pun seronok.

Lepas dah puas pusing Colmar, kami naik shuttle free ke Japanese Village. Kemudian, patah balik ke Colmar untuk tengok free show. Free show pukul 12, 3.30, 5 dan 7. Kami pergi pukul 3.30. 

Kami pergi ke Taman Haiwan tapi tak masuk pun sebab aku bukan penggemar haiwan. Koh koh koh. 

Jadi kami pun balik ke Nora Lodge. 

Sungai Benus, Janda Baik.

Masuk kali ini sudah dua kali aku ke sungai ini. Harapan menggunung nak naik tubing tapi orang yang sewa tubing itu tak buka. Maka main air di tepian sungai. Celup-celup kaki. Dekat sini jugalah Adah mengalami memory to remember. Dekat sini juga ada ATV (boleh tengok dekat sini)

Untuk membaca catatan perjalanan yang lebih mendalam di sini.


Sunday, 19 April 2015

Janda Baik - Latto Carok, Cherengin Hills, Sungai Benus

Janda Baik

Latto Charok

1 jam 20 minit untuk panjat bukit jumpa air terjun yang "Subhanallah"

1 jam 20 minit untuk orang yang tak exercise n dok bela lemak macam aku tu campuq terjatuh, merangkak, menyesot, mendaki, mengah, rehat2 amik gambaq n plus plus plus. Kalau orang fit 45 minit dah sampai dah.

Start Line

Antara halangan, pokok buluh yang seperti rumah

Air terjun kat sini ada banyak tingkat..aku jumpa tingkat G, tingkat 4, tingkat 5 and tingkat 7..tingkat 1,2,3 & 6 xnmpk lak..selalu orang akan sampai ke tingkat 5..tingkat 5 pun da cantik da..

Tingkat 4


Tingkat 5

Tingkat 7

Menarik di tingkat 7 sebab ada batang pokok ini

Bawah pokok itu ada macam gua sikit

Sebabkan tingkat 5 ada orang..kami bergambaq pun dok ada photo bomb ja..nasib yang photo bomb abg sado..koh koh koh..kami pun nek ke tingkat 7..sebelum nak sampai tingkat tujuh..trek dia licin sebab tanah dia mcm tanah liat, naik curam n turun curam..amik lajak nk naik trek curam pn jatuh balik..tapi nasib ada tali kalau x rambut sapa ntah kena tarik kalau jatuh..tambahan lagi (chait skema UPSR) laluan nak naik ke tingkat 7 masih samar2, semak2, confius2 n nubis lagi untuk jejak..

Tingkat 7 ini ikan banyak..tak jemput pun depa mai gigit kaki..bagi roti segerombolan mai..sapa rajin boleh bawa jala..guide kami bawa jala..banyak juga ikan dapat tangkap..air kat tingkat tujuh ini macam air peti ais..sejuk gedi!

Pastikan kasut korang tiptop untuk menumpuh halangan trek untuk ke air terjun ini.. sebab kasut aku masa pegi dah Assalamualaikum sebelah..masa balik..sahutan Waalaikumusalam pula yang sebelah..pastu kawan aku dua orang pun tengah syok2 turun bukit tercabut pula tapak..tergolek tapak sebelah..


Lepas puas mata melihat hijau dan air..kami pun balik chalet..untuk penginapan aku stay dekat Casaria Guest House..petang itu kami buat BBQ..owner chalet siap bako kan BBQ untuk kami..Makaceh pak cik!


Keesokkan harinya..

Cherengin Hills

Singgah untuk tengok view janda baik..hirup udara segar tanpa ekzos..



Sungai Benus

Niat di hati nak mandi sungai tapi masing2 lupa bawa tuala..kami pun hanya posing tangkap gambaq ja..pastu ternampak pula ATV..ATV RM 10 untuk 2 pusingan..trek dia ada rintangan batu2 sungai, kayu2 juga..abg ATV tanya..penah naik ATV sebelum ini..penah kat sunway ja..moto?..penah sampai langgaq kedai makan, lauk dalam tray bercampuq jadi lauk langgaq kot..







Sekian,

Anak Dara Baik

D6 - Airport Krabi ke Kuala Lumpur



Esok paginya, balik kami semua pakai T-Shirt Krabi yang dibeli sama-sama. Abang Min pun sampai awal pagi itu sebab dah kena warning, pukul 6 tayar dah ada depan Hostel kami. Memang tepat before pukul 6 dia sampai dengan van bapa dia. Perjalanan dari Hostel kami ke Airport lebih kurang sejam juga. Kami menaiki van 600 bath/6 orang

Kami semua pilih tempat duduk belakang. Sempat lagi dia tanya, 'Tak da sapa nak duk sebelah ka?' Kami hanya senyum je. Kalau sebelum kisah semalam beria riang ria jawab. Dalam van semua senyap tanpa kata-kata. Tiba-tiba nak dekat 10 minit. Abang Min tanya 

Abang Min : Nak makan nasi komok? Ni lagi 10 minit nak sampai
Aku : Apa abang min?
Abang min : Ni lagi 10 minit nak sampai airport. Adik nak makan tak. Penah makan nasi komok?
Aku : Cakap kuat sikit abang Min. Telinga tak dengar ini masuk air (Sungguh aku tak dengar orang yang cakap dalam selimut ini tambah-tambah abang Min jenis cakap nada lembut dan semalamnya air snorkeling masuk telinga)
Abang Min : Bawa air Krabi balik Malaysia na?

Ciss. Abang Min ini.

Nasi Komok


Abang Min pun berhenti tepi jalan dan temankan kitaorang beli makanan. Siap explain ini nasi komok. Abang Min pun sempat tunjuk dekat aku kuih apa ntah, katanya sedap macam suruh aku beli. Dia pegang lepas itu dia kasi dekat aku. Tetiba abang Min boleh buat sweet kata kuih kat tangan aku yang dia bagi itu dia belanja. Alalala. Terharu sekupang. Sedap kuih itu orang belanja kan. Tak sempat tangkap gambar sebab makan penuh dengan kasih sayang. Sekali ngap.

Lagi 10 minit nak ke airport itu juga, barulah kita orang semua sembang dengan Abang Min. Baru nak tanya umur abang Min dan sebagainya. Dia siap pelawa nak buat nasi komok mai datang rumah dia, mak dia nak ajar.

Dah sampai airport. Nak ambil beg, abang Min sempat cakap.

Abang Min ; Adik-adik semua kuat-kuat ni. (Sebab dia nampak kami semua bawa backpack)
Jawab kami biasa je.
Abang Min : Ini tak da sapa tinggal sini ka? ( Dua tiga kali juga abang Min tanya soalan ini)

Bebudak ini dah berkata-kata nama aku 'Haq, haq' Ciss bebudak ini.

Kita orang pun bye bye lah abang Min. Abang Min siap pesan nanti datang Krabi call lah dia. Aku cakap tak mau! Koh koh koh

Aku ingatkan abang Min dah pergi rupanya dia memerhati pemergian kami untuk check in dekat kaunter. Aku nampak dia, waaa pandangan dia boleh pula muka sayu. Abang min nampak aku tengok dia. Abang Min datang dekat kita orang.


Abang Min : Dik tinggal sini naa? 
Aku senyum jela sambil bye bye dia. Abang Min nak balik lepas itu dia patah balik tanya lagi

Abang Min : Adik nama apa? (abang min tanya aku)
Aku : Haa..(dalam hati nak kasi nama tipu ke betul2) errr.. Farhana
Abang Min : Farhana? nama macam mak abang.

Dan-dan nama sama dengan mak dia.  Aku sengih dan bye bye dia dengan bersungguh-sungguh berharap jangan patah balik tanya lagi. Alahai kesianlah abang Min ini.

Sekian, episod cinta tak kesampaian di Krabi. Koh koh koh. 

D5 - Krabi - Aonang, Emerald Pool, Island Hopping

Awal pagi bangun untuk solat subuh agak mengejutkan minah salleh, membulat mata dia tengok telekung putih. Mandi, siap-siap dan kemas barang. Aku dan Azreen pun keluar meninjau kawasan menghirup udara pagi pekan Krabi ini. Menghirup udara sahaja harus tak mengenyangkan. Berhentilah kami di kedai makan yang ramai orang Malaysia. Bus 2 tingkat uool parking depan kedai itu. kalau dah ramai orang. Haruslah sedap andaian aku. Makanan berlauk, roti canai, kuih-muih semua ada dalam kedai itu. Cuma tekak aku pagi itu tak nak makan berat-berat. Maka aku dengan Azreen order air dan beli goreng pisang 20 bath (10 keping ke 20 keping..ahh tak ingat). Goreng pisang ini tapau bawa balik untuk kawan-kawan yang masih blur2 bangun dari tidur.



Breakfast pisang goreng dan buah-buahan

Kami menunggu Abang Min datang dengan van bapa dia. Katanya pukul 9 nak ambil kami lepas tu hantar beg kami ke Hostel lagi satu then baru gerak ke Emeral Pool. 

Tengah menunggu Abang Min keluarlah mat salleh ini. Hensem la sekupang tapi dah ada awek. Baru nak kenyit mata, so cancel. Tengah kami berborak, tetiba mat salleh itu buat tiupan bunyi menggunakan kertas. Kemudian, menoleh ke arah kami sambil sengih, " Sorry". Bebudak lain semua blur. Aku pun jawab "It's so k". 

Masa ini aku mengeluarkan teori Henry (Super Junior M) bila mengorat perempuan. 1) Kau nampak awek cantik, kau pergi ke arah awek itu sambil cakap kat henpon kuat-kuat dan speakang English. Pura-pura tak nampak konon. Lepas dah letak henpon, kau pun buat-buat terkejut sambil tercakap dengan awek kau target itu. 'I'm so loud right? Sorry'. Kalau awek itu cakap 'It's so k' dah ada point untuk berborak sampai ajak p minum dekat cafe. 2) Bawa anjing dekat taman tasik, taman permainan. Harus tak praktikal untuk orang Islam so bawalah kucing. Awek-awek yang suka kucing mesti akan tegur kucing 'Comelnya kucing' (Ni kalau ada awek yang mengurlah). Ni teori Henry ye. Aku just cakapkan je. Conclusion teori Henry bagi aku, nampak sangat playboy. Koh koh koh.

Dila pun call Abang Min sebab dah nak pukul 9 tak sampai lagi. Tak lama lepas kena bebelan Dila. Abang Min pun sampai dengan kereta dia. Dialog yang terkesan.

Dila : Abang Min, nanti bang Min ikut kita orang ae.
Abang Min yang tengah cari no fon nak call bapa dia : Mesti ikut. Semua segak-segak ini.

Tudia gatai dia tak sorok dah. Kami pun perasan yang Abang Min hensem sesen dengan pakai seluar jean and t-shirt.

Dari tunggu bapa Abang Min yang tak tau pukul berapa sampai. Kami pun cadang kepada Abang Min suh hantar kita orang dekat Hostel I Krabi. Abang Min dah blur2 sebab ingat nak naik kereta dia 6 orang.

Dila : Abang Min hantar 3 dulu lepas tu datang ambil lagi 3. 
Abang Min : Haaa..3 3 la naa..Nanti naik semua patah kereta Abang Min.

Abang Min pun angkat beg aku. Masa nak masukkan beg dalam bonet kereta dia. Dia tanya,

Abang Min : Adik, duk sampai bila?
Aku : Esok dah nak balik dah Abang Min
Abang Min : Duk sini lah Dik.
Aku : Duk sini? Duit dah takde la Abang Min
Abang Min : Tak pa. Duk ja sini. Yang lain di tanggung.

Agak lambat juga pickup aku nak tangkap pickline dia. Suh duk Krabi suh jadi bini dia rupanya. Nangis mak aku kang. Koh koh koh. 

Sampai dekat Hostel I Krabi setelah di hantar oleh Abang Min. Aku pun check in bilik tapi tak boleh masuk bilik lagi sebab awal lagi, jadi kami drop bag dekat kaunter. Aku, Nabila dan Ika pun tinjaulah kawasan sambil tangkap gambar teruja tengok kawasan Hostel itu sebab baru dan cantik dan ada tempat breakfast macam Hotel tau. Sedang asyik meninjau kawasan, ada pasangan suami isteri tengah breakfast. Si isteri tegur aku dari mana? Aku cakaplah dari Malaysia. Dia pun pelawa aku dan kawan-kawan ambil minuman. Rupanya aku bercakap dengan owner tempat Hostel itu. Aku pun buat muka kesian sambil cakap, "Can we eat breakfast today? Because tomorrow we leave early" Tanpa panjang lebar aku menerang terus dia cakap " Yes! Yes! Sure" Owh terharu sungguh aku dengan owner Hostel itu. Berkali-kali aku cakap thank you. Sambil tunggu abang Min ambil Adah, Dila dan Azreen. Apalagi, mencekiklah breakfast yang lazat pagi itu.








Dalam banyak-banyak tilam, tilam kat I Krabi paling empuk. Koh koh koh
Bila Adah, Dila dan Azreen sampai. Elok bapa abang Min pun sampai dekat Hostel I Krabi nak ambil kita orang ke Emerald Pool. Sementara tunggu Adah, Dila dan Azreen makan kami pun minta nak tangkap gambar dengan owner Hostel lepas itu dia siap minta tolong promote Hostel halal food. Aku pun cakap 'Don't worry. We will' Serius duk dekat sini berbaloi-baloi. Kitaorang duk dorm. 1 dorm 6 bed. 1 bed RM47 include free halal breakfast tau. Ok done! Promote.

Bukan bapa Abang Min je yang datang, mak abang Min pun hado. Ni nak tunjuk menantu ke apa? Dila hati dah bunga-bunga, siap perform baik depan mak n bapa mentua. Koh koh koh. 

Dalam sejam perjalanan sampailah kami di Emerald pool. Nak masuk Emerald kena bayar 200 bath.











Lepas ke Emerald Pool kami pergi Island Hopping. Untuk Island Hopping kami buat 2 Island je, Poda Island dengan Chicken Island (snorkeling).








2 Island ini pun dapat sebab abang Min tolong adjust untuk kitaorang pergi petang. Sebab selalunya kalau Island Hopping ikut agent tour awal pagi dan minimum pun 4 island. Cuma kami tak puas hati dengan bayaran di kenakan. Malam masa deal, abang Min cakap lain. Bila nak bayar dekat kawan dia, dia cakap lain. Kitaorang mengungkit juga lah. Apa bang Min dah lah van kena bayar 1800 bath/6 orang dapat pergi emerald pool je yang sempat. Patut less lah sebab kenkangan masa dan bapa dia datang ambil lambat. Lepas itu, island hopping pun 2 island je kena bayar 2000bath/6 orang. Abang Min muka dah cuak, serba salah, "Dik kena faham abang, sana bapa, kawan, sini adik. bang Min kat tengah-tengah" Dia cuba menerangkan yang dia tersepit tengah-tengah. Kami pun dah malas nak cakap apa-apa. Kami pun meninggalkan abang Min terpinga-pinga. 

Kami mula ingat nak balik jalan kaki, tapi abang Min ajak naik kereta dia, dia nak hantar. So, aku, Adah dengan Azreen naik kereta dia. Masuk kereta dia semua diam membisu. Abang Min duk tengok kat cermin dengan mimik muka serba salah teramat. Tetiba dia bersuara ' Marah kaa?' Kami diam. 'Bebal ka?'. Kami diam lagi. 'Cakaplah sikit' Ni kelakar. Kami pun senyum.' Senyum pun jadilah' Adah pun jawab 'Penat'. Serius masa ini dah tak de mood. Harapan yang mengunung kami pada abang Min untuk tolong kami masa di Krabi terasa di khianati. Cancel jadi bini dia. Tapi part dia pujuk suruh cakap sikit itu aku suka. Koh koh koh. Dah sampai Hostel pun abang Min still minta maaf dekat kita orang. 

Malam itu, aktiviti kami hanya bersiar-siar shopping menghabiskan baht yang ada dan makan. Hostel aku dengan Aonang itu 10 minit je sampai. Makan malam itu pun hanya kedai tepi jalan yang sedap makanan dia. Ramai pula orang order makan dan tempat duduk pun agak limit Masakan panas, air juice, pankek Yaminlah, udang-udang, pulut mangga semua ada. Lepas makan, aku dengan Azreen shoping barang. Nabila, Dila dan Ika shopping dan pergi mengurut. 

Adah dah balik Hostel dulu. Aku orang kedua balik hostel sensorang lepas dah berpecah dengan semua orang. Prepare untuk esoknya nak balik KL

Day 5- Anda di page Day 5